SPECIAL ADS

5 September 2014

Lebih 100 NGO bersatu desak mansuhkan Akta Hasutan

Gerakan apus Akta Hasutan (Ghah) membantah penggunaan berterusan undang-undang zalim Akta Hasutan 1948. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 5 September, 2014.

Sebuah gerakan dilancarkan hari ini membantah penggunaan berterusan undang-undang zalim Akta Hasutan 1948 yang dianggap satu cara penindasan dan keganasan politik.

Menamakan diri mereka Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH), sejumlah 112 pertubuhan masyarakat sivil bekerjasama menuntut undang-undang zaman penjajah itu dihapuskan sekiranya Malaysia benar-benar mahu menjadi sebuah negara yang bebas.

"Akta ini jelas disalahgunakan bagi melindungi Putrajaya dan kepentingannya, mencengkam pembangkang dan penentang, memastikan isu tertentu tidak disentuh, menyekat kebebasan awam dan mengingatkan kembali kepada hari-hari paling buruk ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen pada satu sidang media.

Beliau berkata gerakan itu bimbang dengan pendakwaan terpilih yang diambil mengikut akta itu, dan mendakwa Ketua Peguam Negara sengaja menyasarkan kepada pengkritik kerajaan.

"Selama sebulan ini, akta tersebut sewenang-wenangnya digunakan dalam satu arus baru penindasan dan keganasan politik, dan yang menjadi sasaran termasuk wakil rakyat dan peguam yang bertanggungjawab bersuara dalam hal membabitkan kepentingan awam," katanya.

Selain menuntut pemansuhan akta terbabit, gerakan itu juga mahu tuduhan hasutan sedia ada digugurkan kerajaan. TMI

Tiada ulasan: