Apabila berlakunya tindakan yang derhaka ini, maka tidak lagi susah untuk mempercayai yang jika parti-parti ini menjadi pemerintah institusi Raja itu tidak akan dikekalkan dan mereka akan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menghapuskannya setelah berkuasa beberapa ketika sahaja. Sebagai seorang Melayu yang merupakan komponen terbesar dari rakyat negara ini, kita amat khuatir dan dalam kebimbangan jika identiti Melayu itu akan terhakis dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi.
Kehilangan identiti sesuatu bangsa ini merupakan permulaan kepada kehilangan bangsa-bangsa di dunia ini yang kita telah banyak membaca dari sejarahnya. Bagi diri saya secara peribadi ini merupakan satu isu yang sangat sensitif dan saya merasakan akta-akta yang mendindingi keselamatan dan maruah bangsa yang terbesar dalam Negara itu wajar diwujudkan atau pun ditambah kekuatannya dari apa yang ada pada hari ini.
Nyata dan jelas sekali tanggapan yang ada bangsa-bangsa yang memainkan politik secara halus dan mengelirukan orang Melayu itu mempunyai agenda jangka panjang iaitu untuk menakluki budaya dan cara hidup bangsa Melayu itu semata-mata untuk menghilangkan identiti yang membezakan orang Melayu dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Sesuatu bangsa itu akan dicemari identitinya melalui dua acara setidak-tidaknya.
Pertamanya kelirukan mereka dalam agama dan keduanya ialah dengan menghilangkan atau menakluk budaya dan cara hidup bangsa itu. Selain dari itu ialah dengan melemahkan kedudukan ekonominya bangsa itu dan berbagai cara yang halus dan ini amat merbahaya bagi bangsa Melayu dan Islam itu sendiri.
Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini, kita sudah nampak ‘consequence’ sampingan yang amat merbahaya kepada orang Melayu yang kebetulan beragama Islam itu. Malahan Negara kita ini adalah satu-satunya negara di dalam dunia yang berkerajaan yang bangsa terbesarnya, iaitu Melayu itu di definasikan oleh perlembagaan negara kita dan salah satu dari yang di definasikan ialah bangsa Melayu itu adalah beragama Islam.
Hasil dari perkembangan dan sikap ‘confrontational’ parti yang mewakili satu kaum itu, tidak dapat dinafikan parti itu sedang mengambil kesempatan sambil menangguk di air yang keruh untuk memecah belahkan orang Melayu dalam Islam itu. Yang kita hadapi sekarang ini bukan lagi masalah parti mana yang majoriti dan yang mana yang minoriti. Masalah yang dihadapi sekarang ialah masalah keselamatan bangsa terbesar di negara ini.
Masalah sekarang ialah masalah parti-parti politik yang menabur secara halus bibit-bibit anti bangsa terbesar di negara ini dengan agenda yang sangat menakutkan bangsa kita sendiri. Perpecahan bangsa Melayu itu amat penting bagi bangsa-bangsa lain untuk menjadi pencatur bangsa kita di masa hadapan dan Melayu akan kehilangan segala kuasa dan pengaruh dalam negara mereka sendiri.
Tidak menghormati institusi Raja seperti yang berlaku di Selangor sekarang in, merupakan tanda-tanda dan dalil yang jelas untuk membuktikan Melayu itu sedang menuju kehancuran ini. Kita wajar menerima hakikat tidak menghormati seorang Raja Melayu itu adalah sikap tidak menghormati orang Melayu sendiri. Tetapi diluarannya mereka jugalah yang mengakui sebagai parti berbilang kaum dan menjunjung perlembagaan negara.
Tidak menghormati institusi Raja seperti yang berlaku di Selangor sekarang in, merupakan tanda-tanda dan dalil yang jelas untuk membuktikan Melayu itu sedang menuju kehancuran ini. Kita wajar menerima hakikat tidak menghormati seorang Raja Melayu itu adalah sikap tidak menghormati orang Melayu sendiri. Tetapi diluarannya mereka jugalah yang mengakui sebagai parti berbilang kaum dan menjunjung perlembagaan negara.
Ada pihak yang sudah hampir berjaya untuk memecahkan bangsa Melayu yang masih leka dengan politik dan politiking yang menjahanamkan kita sendiri. Sekarang ini sudah ramai pemimpin Melayu sendiri yang telah termakan dengan permainan politik bukan Melayu dengan menjaja apa yang bukan Melayu telah berikan kepada mereka seperti peruntukan dana yang besar untuk majlis agama di sebuah negeri di utara Semenanjung.
Ada pemimpin dari PAS sendiri sedang dilamun dengan keseronokan dengan jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat kerajaan negeri di utara Semenanjung itu sehinggakan apa yang diputuskan oleh parti Islam nya sendiri dipersoalkan. Pemimpin-pemimpin yang menempelkan diri mereka sebagai pemimpin Islam lebih setia kepada kumpulan yang mereka tidak sedari sedang memecahkan bangsa dan agamanya sendiri.
Kita perlu menilai dari sudut apa yang tersirat dari yang tersurat dalam isu ini. Apabila sampai waktu dan masanya, blog ini mungkin akan menulis mengikut kemampuan untuk menghalusi keadaan ini secara berhemah dan membuka pemikiran baru dalam perjuangan jika benar-benar untuk memperjuangkan bangsa dan agamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan