SPECIAL ADS

17 September 2014

Hutang: Laporan ekonomi Bank Negara membimbangkan


KULAIJAYA: Kedudukan ekonomi negara masih lemah dalam beberapa aspek, kata pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. 

Katanya, laporan ekonomi terbitan Bank Negara Malaysia memaparkan beberapa angka yang membimbangkan terutamanya kadar hutang negara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sudah melebihi 25%. 

Ini, ujar beliau menunjukkan negara memiliki hutang yang tinggi bagi menampung bajet yang defisit yang sebahagiannya adalah berpunca daripada krisis dalam perbelanjaan sebagaimana dibuktikan dalam laporan Ketua Audit Negara.

Perkara ini, ujarnya sehingga menarik teguran daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tentang 'selera' perbelanjaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Tambahnya, perbelanjaan berleluasa dan tidak konstruktif hakikatnya adalah bersumberkan pinjaman daripada penerbitan bon dan sukuk dan bukanlah lebihan daripada pendapatan negara.

"Apakah kepimpinan Umno hari ini ingin membawa Malayia menjadi Argentina?" tanya beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-53 yang bertemakan 'Pertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini, pagi ini.

Mengenai kadar hutang isi rumah kepada KDNK sudah melebihi 87%, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini menunjukkan bahawa isi rumah di Malaysia memiliki kadar hutang yang tinggi.

Menurutnya, sebarang perubahan negatif pemboleh ubah ekonomi akan meninggalkan kesan kepada kemampuan kewangan individu isi rumah.

Katanya lagi, kenaikan inflasi dan dan perubahan menaik kadar asas pinjaman (based lending rate) disebabkan kenaikan kadar pinjaman semalaman (over night placement rate) boleh menyebabkan peningkatan kemungkinan dalam pembayaran ansuran perbankan dan seterusnya boleh menyebabkan kelemahan sistem kewangan negara. HD

Tiada ulasan: