SPECIAL ADS

17 September 2014

MB: Langat 2 dipajak kepada Air Selangor bila siap

p3-langat
SHAH ALAM : Loji Rawatan Air Langat 2 apabila siap kelak akan dipajakkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi membolehkan ia dikendali syarikat itu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penstrukturan semula industri air Selangor memberi banyak manfaat kepada rakyat.
Katanya ini kerana isu beban hutang dan bon industri air diselesaikan secara muktamad dan hanya satu syarikat iaitu Air Selangor yang akan mengendalikan rawatan dan pengagihan air demi perkhidmatan air lebih cekap dan kompetitif.
“Selain itu, dengan pengambilalihan ini tiada lagi situasi keuntungan berlapis bagi syarikat konsesi air di samping mengelakkan kenaikan tarif air sebanyak 82 peratus yang sepatutnya berlaku di antara 2009 dan 2015 seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi,” kata Abdul Khalid dalam kenyataan media.
Abdul Khalid berkata, sebarang kenaikan tarif air pada masa hadapan akan dilakukan pada kadar berpatutan di bawah kawal selia SPAN dan hanya dengan persetujuan Kerajaan Negeri.
katanya, Kerajaan Selangor akan mengutamakan program untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (non revenue water – NRW), meningkatkan keupayaan dan bekerkesanan aset air dan membanteras isu kekurangan air terawat sehingga Langat 2 siap sepenuhnya.
MB-air01“Pada masa yang sama, program pengukuhan sumber bekalan air mentah di bawah HORAS 600 dan HORAS 3000 akan diteruskan oleh Kerajaan Selangor.
“Perjanjian Utama ini akan didedahkan kepada umum tertakluk kepada Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor dengan kerjasama Persekutuan,” katanya.

Tiada ulasan: