SPECIAL ADS

15 September 2014

MB: Air Selangor urus penstrukturan air, saham ditawar umum

air-syabas_MB1
Perjanjian Utama (Master Agreement) yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan pada Jumaat lalu adalah konsisten dengan tawaran-tawaran yang dibuat kepada empat syarikat konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd (Puncak Niaga), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan ABBAS semenjak 2012.
Kerajaan Selangor menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah membuat tawaran pada 2013 dan 2014 berdasarkan nilai-nilai seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah.
RM juta  (@31 Dec 2012)PUNCAK NIAGASYABASSPLASHABBASJUMLAH

Ekuiti pada kadar 12 % setahun

1,117.5

520.5

250.6

86.2

1,974.7

Liabiliti

1,359.5

3,827.4

1,584.0

906.0

7,676.9


Nilai Keseluruhan

2,477.0

4,347.8

1,834.6

992.2

9,651.6
Tiga syarikat konsesi kecuali SPLASH telah menerima secara dasar tawaran Kerajaan Negeri seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
RM juta  (@12 Sept  2014)Puncak NiagaSYABASABASSJUMLAH
Ekuiti pada kadar 12% setahun1,117.5520.586.21,724.2

Liabiliti


1,359.5

3,827.4

906.0

6,092.9
Nilai keseluruhan
2,477.0

4,347.8

992.2

7,817.1
Isu pengambilalihan SPLASH akan diselesaikan berasingan namun ia tidak akan menganggu Kerajaan Negeri dalam usaha mengambilalih industri air Selangor menerusi entiti baru, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).
Antara terma penting Perjanjian Utama ialah suntikan aset negeri oleh Kerajaan Negeri bernilai RM14.92 bilion ke dalam Air Selangor dan penyediaan dana Persekutuan sehingga RM2 bilion untuk membolehkan Kerajaan Negeri mengambil alih empat konsesi air di Selangor.
Pemindahan aset air kepada Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) adalah secara pegangan pajakan selama 45 tahun termasuk kesemua liabiliti seperti hutang air dan bon SYABAS, PNSB dan ABBAS berjumlah RM6.1 bilion bersama aset air milik konsesi.
Lesen Kemudahan dan Lesen Perkhidmatan akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Air Selangor.
Loji Rawatan Air Langat 2 apabila siap kelak akan dipajakkan kepada Air Selangor bagi membolehkan ia dikendali oleh syarikat berkenaan.
Perjanjian Utama ini akan didedahkan kepada umum tertakluk kepada Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor dengan kerjasama Persekutuan.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penstrukturan semula industri air Selangor memberi banyak manfaat kepada rakyat kerana isu beban hutang dan bon industri air diselesaikan secara muktamad dan hanya satu syarikat iaitu Air Selangor yang akan mengendalikan rawatan dan pengagihan air demi perkhidmatan air lebih cekap dan kompetitif.
Selain itu, dengan pengambilalihan ini tiada lagi situasi keuntungan berlapis bagi syarikat konsesi air di samping mengelakkan kenaikan tarif air sebanyak 82 peratus yang sepatutnya berlaku di antara 2009 dan 2015 seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi.
Sebarang kenaikan tarif air pada masa hadapan akan dilakukan pada kadar berpatutan di bawah kawal selia SPAN dan hanya dengan persetujuan Kerajaan Negeri.
Kerajaan Selangor akan mengutamakan program untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (non revenue water – NRW), meningkatkan keupayaan dan bekerkesanan aset air dan membanteras isu kekurangan air terawat sehingga Langat 2 siap sepenuhnya.
Pada masa yang sama, program pengukuhan sumber bekalan air mentah di bawah HORAS 600 dan HORAS 3000 akan diteruskan oleh Kerajaan Selangor.
Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, sebahagian saham Air Selangor akan ditawarkan kepada umum selepas selesai penstukturan dan setelah syarikat berkenaan menunjukkan rekod keuntungan yang baik.

Tiada ulasan: