SPECIAL ADS

23 September 2014

PKR: Pelantikan Azmin tak ikut perlembagaan

Majlis Pimpinan Pusat PKR menganggap pelantikan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor sebagai tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan negeri

Dalam kenyataannya, PKR menyatakan rasa kesal kerana istana menolak pencalonan presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sedangkan, Wan Azizah mendapat sokongan majoriti dari 30 ADUN, selari dengan keperluan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

“MPP juga tidak bersetuju dengan cara pihak Istana menangani proses pencalonan yang melibatkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sehingga beliau langsung tidak dipanggil mengadap walaupun mempunyai sokongan majoriti yang jelas.

“Oleh itu, MPP berpendapat bahawa proses memperkenan lantikan Menteri Besar Selangor yang baru ini tidak mengikut kehendak Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan bertentangan dengan amalan prinsip demokrasi berparlimen.

“Ia juga menjejaskan kemuliaan institusi raja berpelembagaan,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan keras itu dikeluarkan tidak lama selepas istana Selangor memaklumkan secara rasmi mengenai pelantikan tersebut semalam.

Mesyuarat jawatankuasa itu bersama Wan Azizah dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Azmin berlangsung selama dua jam di ibu pejabat PKR semalam, selepas makluman itu. MK
 

Tiada ulasan: