SPECIAL ADS

30 November 2014

Kadar kemiskinan Malaysia tidak tunjuk realiti sebenar

Adakah kadar kemiskinan benar-benar menurun di Malaysia? Ia bergantung kepada kaedah sebenar pengiraan itu dilakukan, dan, Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013 menunjukkan kaedah yang digunakan kerajaan untuk bergantung kepada data kemiskinan tidak menunjukkan realiti sebenarnya. 
Untuk menjadi lebih inklusif, tahap kemiskinan perlu diukur menggunakan kaedah pendapatan isi rumah, berbanding kadar minimum tetap, kata laporan yang dikeluarkan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). 
Laporan itu berkata, menggunakan kemiskinan relatif - di mana kadar pendapatan separuh daripada median pendapatan kebangsaan dan termasuklah pendapatan isi rumah yang lain - jumlah rakyat Malaysia dalam kategori ini meningkat sejak 2007, dengan satu daripada lima isi rumah dianggap miskin, kata laporan itu. 
Miskin tegar, dalam erti kata lainnya diukur berdasarkan pengisytiharan garisan kemiskinan antara kadar tetap kerajaan RM762 bagi semenanjung, RM912 bagi Sarawak, dan RM1,048 bagi Sabah. 
Sebaliknya, kadar garisan kemiskinan pada 2012 adalah pada RM1,813, atau separuh daripada pendapatan median daripada RM3,626. 
Pada 2007, 17.4% rakyat Malaysia berada pada paras miskin, dan ianya meningkat kepada 19.3% pada 2009 dan 20% pada 2012, kata laporan oleh penyelidik Malaysia yang dikeluarkan minggu lalu. 
Angka itu meningkat sedangkan kerajaan sering berkata mereka berjaya membasmi kadar miskin tegar kepada 1.7% pada 2012 berbanding 49.3% pada 1970. 
Ketika Putrajaya menggunakan trend penurunan kadar miskin tegar sebagai bukti polisi ekonomi memanfaatkan rakyat, laporan itu berkata, kadar mudah miskin "adalah pendekatan terbaik untuk inklusif."
"Miskin tegar menurun tetapi mudah miskin berkembang dan menjadi kebimbangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata laporan UNDP dalam kenyataannya pada Selasa lepas. 
"Mudah miskin, yang mengukur jumlah pendapatan isi rumah kurang daripada garisan median, adalah langkah terbaik untuk menangani inklusif berbanding miskin tegar, yang diukur menggunakan jumlah pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan. 
"Jika kemiskinan diukur menggunakan kadar mudah miskin (kurang daripada separuh median pendapatan) seperti dicadangkan Model Ekonomi Baru (NEP), 20% isi rumah rakyat Malaysia dianggap miskin," kata laporan itu. 
Ini bukan kali pertama kadar garisan kemiskinan dicadangkan oleh penyelidik Malaysia. Penyelidik kemiskinan, Jayanath Appadurai yang menjalankan penyelidikan untuk Centre for Policy Initiatives, berkata kepada The Malaysian Insider pada 2010, garis kemiskinan pada kadar RM1,886 adalah lebih tepat. 
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menaikkan kadar kemiskinan di negeri itu kepada RM1,500 ekoran peningkatan kos sara hidup. 
Pengumuman di buat ketika pengumuman Bajet 2015 negeri itu, akan menyaksikan 30% rakyat Selangor diklasifikasikan sebagai miskin. 
Lebih banyak gambaran kemiskinan
Laporan Pembangunan Kemanusiaan Malaysia 2013 mensasarkan situasi semasa negara untuk pembaharuan polisi bagi memastikan perkembangan yang inklusif. 
Ia menunjukkan antara kumpulan etnik, mudah miskin turut meningkat sejak 1989, dengan kaum Melayu mengatasi kaum-kaum lain pada kadar 19.1%, diikuti Cina 17.9%, berdasarkan laporan itu. 
Sementara itu, kadar mudah miskin di kawasan bandar dan luar bandar kekal tidak berubah sejak 1989. 
"Ini bertentangan dengan konvensi normal mengukur kemiskinan, data rasmi menunjukkan kadar kemiskinan menurun bagi setiap etnik, termasuk bandar dan luar bandar," kata laporan itu. 
Laporan itu berkata, memperluas konsep kemiskinan dan meletakkan keutamaan kepada mudah miskin akan lebih "membuahkan hasil."
Ia berkata, kadar kemiskinan tegar di Malaysia berbanding negara lain yang berpendapatan tinggi dan tahap kesamarataan yang rendah menimbulkan persoalan berkenaan kesesuaian garisan kemiskinan Malaysia. 
"Menyusun pengukuran (kemiskinan) untuk norma antarabangsa akan meningkatkan garisan kemiskinan dan kadar kemiskinan," kata laporan itu. 
Isu lain yang dibangkitkan dengan "konvesi normal" mengukus kemiskinan yang digunakan kerajaan adalah tidak menyatakan perbezaan kadar kemiskinan antara kumpulan etnik, kata laporan itu. 
"Contohnya, walaupun miskin) tegar bagi Bumiputera pada 2009 adalah 5.3%, kadar kemiskinan bagi Kadazan Dusun dan Murut di Sabah adalah empat kali lebih tinggi pada 25%."
Malah, termasuk negeri, perbezaan kadar miskin tegar menunjukkan perbezaan, kata laporan itu. 
Di Sabah, kadar miskin tegar 8.1% sangat tinggi berbanding Melaka, yang mempunyai kadar 0.1%, kata laporan itu. 
Laporan itu dikeluarkan oleh Tan Sri Datuk Dr Kamal Salih, profesor Pembangunan dan Ekonomi di Universiti Malaya (UM); Dr Lee Hwok Aun, daripada Jabatan Kajian Pembangunan UM; dan Dr Muhammad Khalid daripada Khazanah Research Institute. TMI

Tiada ulasan: