JAKARTA: Aktivis antarabangsa menggesa pihak berkuasa Indonesia memansuhkan ujian anak dara untuk wanita yang mohon menganggotai pasukan polis negara itu.
Human Rights Watch (HRW) berkata peraturan mewajibkan pemohon harus anak dara dan belum berkahwin sebagai pra-syarat untuk menjadi ahli polis perlu dimansuhkan.
HRW berkata wanita Indonesia yang diwawancaranya mengaku mereka terpaksa melalui ujian untuk membuktikan mereka masih dara sebagai syarat menjadi anggota polis.
Ujian itu mewajibkan pemohon berbogel di depan sepasukan pegawai wanita yang kemudian menusuk dua jari dalam kemaluan mereka.
“Saya tidak mahu mengimbau kembali pengalaman yang pahit dan memalukan itu," kata seorang pemohon berusia 19 tahun yang menjalani ujian itu di Pekan Baru, Sumatra.
“Kenapa harus kami berbogel di depan orang yang tidak dikenali. Ia harus dihentikan.
Jurucakap HRW, Nisha Varia berkata ujian “dua jari” itu harus dihentikan serta-merta kerana ia mengaib dan menjatuhkan maruah wanita.
“Polis di Jakarta harus memansuhkan ujian ini dan mengambil tindakan susulan untuk memastikan semua markas polis lain turut mengambil tindakan sama,” kata beliau. - ANTARAPOS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan