SPECIAL ADS

15 November 2014

Pak Samad: Jangan taksub 'Melayu terancam'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menasihatkan agar masyarakat Melayu tidak taksub dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangsa itu kini semakin terancam.

Katanya, masyarakat perlu memahami bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang turut mewakili parti yang dikatakan memperjuangkan bangsa itu.

Oleh itu, beliau hairan kerana masih timbul dakwaan dakwaan masih timbul bahawa kedudukan orang Melayu kini terancam, katanya  yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Saya harapkan masyarakat Melayu janganlah terlalu taksub dengan hebahan bahawa orang Melayu sedang terancam.

Macam mana orang Melayu terancam? Macam mana agama, Melayu terancam apabila orang yang berkuasa di atas adalah orang Melayu selama lima dekad. Apa yang dia buat duduk di atas selama lima dekad itu?

"Kalau kedudukannya itu tidak mampu membuat orang Melayu berfikir secara waras, keluar (turun) sahaja.

“Biar orang Melayu lain (yang tadbir). Dia tadbir lima dekad. Bukan satu dekad," katanya dalam satu temubual denganMalaysiakini.

Kebimbangan seperti itu antara lainnya dibangkitkan oleh anggota majlis tertinggi Umno, Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang percaya orang Melayu tidak akan dapat menguasai pentadbiran sekiranya Umno dan BN tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara sama turut dibangkitkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mendakwa orang Melayu kini berasa tidak dialu-alukan di sebuah negeri yang dipimpin sebuah parti pembangkang.

Walau tidak menyatakan parti khusus, beliau dipercayai membayangkan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP. MK

Tiada ulasan: