Ranking Rasuah PDRM Membimbangkan? Jom baca artikel yg disebar melalui whatsapp di bawah ini:
1. Menurut satu perangkaan pada tahun 2010, negara kita menduduki tangga ke 4 di kedudukan teratas sebagai negara yang mana anggota polisnya begitu 'aktif' mengamalkan rasuah. Benarkah kedudukan ini? Malah menurut laporan itu lagi, PDRM kita dikategorikan dalam skala 4.1 di bawah negara Pakistan, Bangladesh dan India yang mana masing-masing berskala 4.1 hingga 4.5. (Global Corruption Barometer 2010-11 : Kadar skor antara 1 (not at all corrupt) hingga skala 5 (extremely corrupt)).
2. Menurut sumber Suruhanjaya Diraja juga bahawa divisyen yang paling banyak terlibat dengan rasuah adalah mengikut turutan yang berikut : - Polis trafik, - Pegawai Penyiasat dan Penyelia mereka, - Detektif , - Pegawai pendakwa - Pegawai Pejabat Siasatan Polis Terdapat juga laporan bahawa sudah menjadi kebiasaan amalan rasuah juga berlaku di dalam lokap atau sel-sel penjenayah. Rasuah dari pesalah atau 'Orang Kena Tuduh' untuk mendapatkan makanan yang lebih baik serta untuk mendapat kemudahan membuat panggilan telefon kepada keluarga dan juga untuk kemudahan bebas bertemu ahli keluarga serta mendapat sel atau bilik lokap yang lebih selesa.
3. Menurut laporan tersebut juga terdapat amalan rasuah antara sesama pegawai untuk berhijrah ke 'Lombang Emas' atau 'Lubuk Wang' yang menjanjikan pulangan baik seperti Jabatan Jenayah Komersial, Trafik Cawangan , Jabatan Siasatan Jenayah ( D7 meliputi kongsi gelap, mencegah maksiat dan perjudian ) , Jabatan Narkotik , Jabatan Logistik (Perolehan dan Pembangunan) dan 'Deployment and Promotions Divisions'.
4. Bagaimanakah kedudukan PDRM sekarang? Apakah sudah jauh berubah dari data statistik yang tersebut di atas? Kes-Kes yang begitu meragukan dan kes ini masih lagi baru berlaku :
a) Penjenayah yang ada rekod jenayah, bagaimana mereka masih kekal memilik lesen senjatapi yang sah. Rujuk kes di sini.
b) Kekayaan luarbiasa Pegawai Berpangkat Tinggi PDRM. Rujuk di sini dan di sini.
c) Ketua Kongsi Gelap yang disahkan sendiri oleh Ketua Polis KL berikutan kes cubaan membunuhnya menggunakan bom di Bukit Bintang. Rujuk di sini.
d) Rangkaian Perniagaan Judi-Online yang begitu kebal kerana tidak pernah diadakan operasi di premis-premis milik mereka dan disyaki ada hubungkait dengan Pegawai Polis Berpangkat Tinggi - Premis milik Chye Beh rujuk di sini - Premis Ah Bee rujuk di sini.
e) Hukuman terpilih dilihat berlaku dalam kes terbaru yang melibatkan Pegawai yang berpangkat Pemangku ACP Cawangan Judi dan Maksiat yang ditahan bersama dengan RM500,000 dan sejumlah dadah Eramin5 di rumahnya di Seremban. Rujuk di sini dan di sini.
Perbandingan hukuman antara P/ACP tersebut bakal didedahkan perbandingannya dengan kes pegawai yang ditahan kerja akibat menampar pegawai lain sedangkan P/ACP yang ditahan di bawah pertuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram kekal dengan jawatan tersebut dan hanya menerima hukuman pindah cawangan sahaja.
SPRM membisu seribu bahasa atau tangan SPRM sudah digari dan mulut sudah diplaster? PDRM di bawah kepimpinan Ketua Polis yang baru, Khalid Abu Bakar wajar pamirkan statistik kedudukan terbaru PDRM dalam senarai kedudukan rasuah Polis Asean ataupun Asia.
Scripters
Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Tiada ulasan:
Catat Ulasan