Nilai Eksport Malaysia Jatuh & Pelaburan Asing Lembap. Ringgit Malaysia Semakin Mengecil Dibandingkan Dollar Singapura & Amerika : Realitinya hari ini apabila anda berbelanja ketika berada di luar negara terutamanya di negara Eropah, Singapura dan di Amerika contohnya mahupun membeli barangan dari negara luar, kita akan melihat sendiri betapa kecilnya nilai riggit Malaysia yang berada di tangan kita sekarang. Harga….
Harga minyak mentah turun di paras yang terendah sejak daripada tahun 2011 memburuk lagi keadaan terhadap nilai ringgit Malaysia pada ketika ini. Pendapatan Malaysia bersumberkan dan bergantung harap kepada minyak sahaja sudah meliputi 30%. Jadi kejatuhan harga minyak mentah dunia memberikan implikasi buruk kepada pendapatan dan pulangan pendapatan kerajaan bagi menguruskan negara. Dan tekanan semakin hebat terhadap kadar dasar semalam (OPR) yang masih lagi bertahan pada kadar 3.25 mata oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini untuk dinaikkan kepada 3.5 selepas ini.
Malaysia Paling Terjejas Teruk?
Nizam Idris yang merupakan Ketua pendapatan tetap dan strategi mata wang, Macquarie Bank Ltd mengatakan Malaysia adalah satu-satunya negara pengeksport bersih minyak di rantau Asia Tenggara yang paling terjejas teruk dengan kejatuhan minyak mentah dunia sekarang.
KLIK SINI : Boikot Israel 2014 : Malaysia Sumbang AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) Tahun 2013 Eksport Israel. Ke -11 Terbesar di Dunia!
Hari ini perkembangan ekonomi di malaysia telah bergerak perlahan pada suku terakhir selepas selepas nilai eksport dan pelaburan asing terus lembap sekaligus dijangka rakyat Malaysia akan dihidangkan dengan berita pengumuman subsidi yang ditanggung kerajaan Malaysia sekarang daripada masa ke semasa selepas ini.
- Permintaan terhadapan produk dan barangan Malaysia mulai lembap dalam keadaan ekonomi dunia sedang bergelut dengan pemulihan global yang terumbang-ambing
Manakala syarikat-syarikat terus bergelut apabila berhadapan dengan kos operasi yang lebih tinggi dek kerana kerajaan terus mengurangkan kadar subsidi di Malaysia
Dan penganalisis ekonomi terus menjangkakan yang mana ekonomi Malaysia akan terus bergerak perlahan pada suku tahun yang mendatang memandangkan ekonomi domestik juga telah mula merasai kesan-kesan fiskal yang mula diketatkan. Apa respon anda pula?
beritasemasas.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan