SPECIAL ADS

15 November 2014

Mahathir: Pemberian BR1M umpama rasuah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib dan kali ini mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sama seperti rasuah.

Menulis di blognya Mahathir berkata, tambahan pula pemberian BR1M itu dibuat ketika hampir dengan pilihan raya atau disenaraikan dalam manifesto pilihan raya.

Tindakan itu menurut beliau mewujudkan persepsi bantuan itu bertujuan mendapatkan undi dan ianya tidak dapat dinafikan.

"Bantahan utama saya ialah kerana pemberian wang pada skala begitu sangat kelihatan seperti rasuah," katanya melalui blog chedet.cc hari ini.

Beliau juga mempersoal alasan kerajaan bahawa pemberian BR1M sebagai salah satu cara meningkatkan pendapatan untuk mencapai status negara maju pada 2020.

Katanya, hujah tersebut sangat mengelirukan.

"Kita mesti meraih pendapatan dengan meningkatkan produktiviti, bukan dengan pemberian wang tunai dari kerajaan,"

"Kalau ya pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada yang benar-benar susah dan tidak mampu bekerja bagi meraih pendapatan," kata beliau lagi sambil menyifatkan pemberian BR1M lebih banyak memberi kesan negatif.

Ia termasuk meningkatkan kecenderungan bergantung kepada kerajaan, termasuk bagi meningkatkan pendapatan sendiri, tanpa berusaha sendiri.

"Ia melemahkan karakter rakyat dan mengurangkan daya saing mereka dalam pasaran," katanya. HD

Tiada ulasan: