PETALING JAYA: Pakatan Rakyat (PR) mampu mengekalkan kerajaan perintahannya di negeri Selangor dan Pulau Pinang sekiranya dapat meyakinkan orang Melayu dan bersikap adil terhadap mereka,” kata Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times.
Menurut, Datuk Dr. A. Kadir Jasin, sekiranya PR mampu melaksanakannya, ini mampu memberi masalah besar kepada UMNO untuk mempertahankan kerajaan.
“Orang Melayu, terutamanya yang menyokong parti Barisan Nasional (BN) sangat takut kehilangan hak keistimewaan Bumiputera dan bimbang orang Cina akan mendominasi kerajaan selain sektor ekonomi yang sudah dimiki oleh mereka.
“Faktor ketakutan ini yang menjadi senjata terakhir UMNO dalam memastikan orang Melayu terus berpihak kepada UMNO,” katanya di dalam entri terbarunya kadirjasin.blogspot.com.
Tambah beliau, salah satu faktor kembalinya sokongan orang Melayu terhadap UMNO adalah kerana takut dengan orang Cina.
“Gambaran mengenai berpuluh ribu orang Cina dan India menyokong pembangkang dalam mengambil alih bandar-bandar di Johor telah menimbulkan perasaan takut dalam kalangan orang Melayu dan menyebabkan mereka kembali bersatu berdiri di belakang UMNO,” jelasnya.
Kata Kadir Jasin lagi, pemerintahan PR di Selangor dan Pulau Pinang sejak memegang tampuk pemerintahan sejak 2008 juga boleh dijadikan pertunjuk bahawa mereka bersikap adil.
“Adakah wujud pemberontakan orang Melayu di Selangor dan Pulau Pinang sejak PR memperoleh kuasa pada 2008?
“Kecuali dalam kalangan komuniti peniaga Melayu yang ada kaitan dengan BN, yang lain menerima PR. Di Pulau Pinang yang mengetuai negeri tersebut adalah DAP, bukan orang Melayu yang tidak menyokong DAP tetapi warga India Muslim,” ujarnya.
Jelasnya, warga India Muslim tersebut lantang kerana sebahagian besar merupakan peniaga dan kedudukan mereka terjejas dengan dasar dan program kerajaan negeri tersebut. FMT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan