Trend Kenaikan Harga Rumah di Malaysia Berjaya Menewaskan Negara Maju Lain (UK, Singapura & UK)! Pemaju Hartanah di Malaysia Paling Beruntung! Kenaikan harga rumah terus meninggalkan jauh di belakang sana berbanding kenaikan gaji di Malaysia hari ini.
Sepatutnya berdasarkan tahap hidup di Malaysia sekarang ini perbandingan yang lebih munasabah adalah harga rumah di Malaysia mestilah hanya berlegar pada kadar 3 kali ganda lebih sahaja berbanding gaji media rakyat di Malaysia.
Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah yang disebaliknya….
Kenaikan Harga Rumah di Malaysia VS US, US dan Singapura?
- Hakikatnya harga rumah di Malaysia 5.5 kali ganda berbanding gaji median rakyat Malaysi
- Harga rumah di Singapura 5.1 kali ganda berbanding gaji rakyat Singapura
- Harga rumah di UK 3.5 kali ganda berbanding gaji rakyat United Kingdom (UK)
- Harga rumah di US 4.7 kali ganda berbanding gaji rakyat Amerika Syarikat (US)
- Harga rumah di Ireland 2.8 kali ganda berbanding gaji rakyat Ireland
Dijangka berdasarkan pelan pembangunan yang dirangka kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, negara Malaysia bakal menjadi negara maju dan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tetapi hari ini kedudukan harga rumah di Malaysia dibandingkan dengan gaji media rakyat Malaysia telah menunjukkan “kejayaan negara kita” mendahului negara maju seperti Singapura, United Kingdom (UK) dan juga Amerika Syarikat (US).
KLIK SINI : Harga Rumah Mampu Milik di Bandar (Ampang RM600,000) & Pinggir Bandar KL Rawang (RM380,000). Kos Sara Hidup Sama? Ramai Terhimpit?
Kelompok kapitalis dan taikun hartanah yang berkelana di Malaysia terus mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda sehingga memaksa rakyat Malaysia membanting tulang siang dan malam semata-mata mahu menampung kos bayaran pendahuluan dan juga bayaran bulanan pinjaman perumahan yang tinggi di Malaysia (sekitar 18% daripada pendapatan bulanan mereka) atas nama mahu memiliki “rumah mampu milik di tanah air sendiri” yang bernama Malaysia.
Sekali pemaju hartanah di Malaysia terus di hadapan meninggalkan pemaju hartanah di negara maju yang lain daripada margin keuntungan yang berjaya mereka bolot di negara yang bernama Malaysia ini.
Pemaju Hartanah di Malaysia Paling Beruntung!
- pemaju hartanah di Malaysia menikmati margin keuntungan 21%
- pemaju hartanah di US menikmati margin keuntungan 12%
- pemaju hartanah di UK menikmati margin keuntungan 17%
- pemaju hartanah di Thailanda menikmati margin keuntungan 14%
Semua laporan ini dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah buat pertama kalinya hari ini. Tetapi malangnya baru-baru ini mengatakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan tiada kuasa untuk menghalang kenaikan harga rumah di Malaysia disebabkan Malaysia mengamalkan pasaran bebas. Itu katanya.
Ok baik, Berita Semasa ingin lontarkan persoalan ini semula kepada menteri di atas gelombang yang cukup dahsyat berlaku pada harga rumah di Malaysia hari ini :
Baru hari ini mahu bercakap mengenai pasaran bebas?
- siapa yang berikan kebenaran pemberian pinjaman generasi kedua?
siapa yang berikan kebenaran utnuk perlepasan cukai untuk kemudahan pinjaman?- siapa yang berikan kebenaran untuk perlepasan duti setem?
- siapa yang berikan kebenaran tenaga buruh asing untuk industri pembinaan?
- siapa yang berikan kebenaran import rebar/simen melalui pemrit, kuota dan AP?
- siapa yang berikan kebenaran menaikkan harga julat bagi tawaran rumah PR1MA yang sudah elok berada di paras RM250,000 dinaikkan sehingga RM400,000 sehingga memberikan “lesen besar” kepada pemaju untuk lebih menjual hartanah yang berharga tinggi kepada rakyat?
- siapa yang jual tanah kepada taikun hartanah yang hanya berminat membina hartanah yang berprofil tinggi sahaja
- siapa yang berikan kebenaran untuk memberikan kelulusan pinjaman sehingga 100% kepada peminjam rumah di Malaysia sehingga menyebabkan rakyat Malaysia “berjaya memiliki rumah yang diidamkan” dalam keadaan yang sebenarnya hanyalah artificial sahaja.
- siapa yang berikan kebenaran pemaju boleh jual harga rumah RM250,000 dan kemudian dinaikkan RM500,000 dan ke atas dan akhirnya RM1 juta sekarang ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan