SPECIAL ADS

24 Mei 2013

Sudah Sampai Masanya PR Gabungan Formal


PETALING JAYA 24 Mei : Menurut Shamsul lagi, sudah tiba masanya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

“Sudah sampai masanya, bagi Pakatan Rakyat terus mengasak Pendaftar Pertubuhan bagi meluluskan Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti dengan fokus “Satu Parti, Satu Bendera, Satu Pengerusi, Satu Manifesto,” kata beliau sambil disambut dengan tepukan gemuruh “AMK turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik KEADILAN, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat,” katanya lagi.

Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

Di dalam dewan tempat dimana kongres AMK berlangsung, kelihatan sepanduk digantung berbunyi,” Tahniah bro Sam! From a humble leader to a giant killer!”.

Tiada ulasan: