24 Mei : "Saya setuju dan amat setuju peristiwa 13/5/1969 adalah kerja kerja jahat pemimpin UMNO demi kuasa dan politik kumpulan dalam UMNO.
Jika benar kenyataan bekas pemimpin UMNO Datuk Tamrin Gafar ianya adalah satu jenayah yang terkutuk dan perlu dibicara di mahkamah terbuka, Kerana pemimpin UMNO yang terlibat masih hidup dan UMNO masih berkuasa lagi.
Jika Tamrin Gafar salah pihak berkuasa BN/UMNO perlu dibicara di mahkamah terbuka untuk membuktikan secar adil dan saksama. Jangan tangkap muat macam lembu ditaman bunga.
Malah kerja terkutuk BN/UMNO juga tidak boleh kami lupa ialah membunuh ulama dan penduduk Memali di Baling Kedah. Ini kerja jahat dan paling kejam dalam sejarah Malaysia.
Kerajaan sekarang sudah hilang timbang tara dan sudah ketandusan hujah. Jika mahu keadilan jangan menggunaka Akta Hasutan dan akta polis secara tidak bermoral.
Kami ucapkan tahniah kepada Tamrin Gaffar, Tian Chua serta kawannya dan pejuang pelajar yang dituduh bawah akta hasutan dan Akta Polis.
Ayuh kita beri sokongan secara terang dan jelas kepada mereka dengan menubuhkan satu tabung untuk membantu pejuang pejuang yang ditindas oleh regim zalim BN/UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan