SPECIAL ADS

28 Mac 2013

Rakyat Perlu Tolak Politik Lucah


PR: TOLAK POLITIK LUCAH DAN PERKAUMAN

Isu video seks yang pada asalnya didedah untuk meraih kepentingan politik sebenarnya memberi kesan negatif kepada generasi muda dan kanak-kanak. Dimana isu video seks ini  diulang-ulang dalam berita televisyen dan akhbar arus perdana menimbulkan suasana tidak selesa kepada ibu bapa.
Blogger Porno PAPAGOMO yang digunakan oleh Puak Umno
Seorang bapa berkata, "Saya jadi begitu segan bila menonton televisyen bersama anak-anak kerana bermacam-macam istilah lucah yang keluar. Begitu juga akhbar arus perdana yang mengulang-ulang berita aib itu, sedangkan akhbar berkenaan dilanggan di sekolah-sekolah. Akhirnya terbit budaya baru di mana istilah-istilah porno menjadi sebutan biasa dan gurauan pelajar-pelajar sekolah rendah".
Penularan budaya negatif itu mesti disekat segera oleh semua institusi masyarakat kerana negara sudah sedia terbeban dengan pelbagai masalah sosial yang tenat. Bayangkan gejala buang bayi sahaja sudah tidak terbendung dan sekarang yang mengandung luar nikah serta seks bebas bukan lagi wanita tidak berpelajaran tetapi lebih teruk melibatkan pelajar institut pengajian tinggi.
Rakyat perlu menyingkir pemimpin-pemimpin yang mengamalkan politik kotor, lucah dan jijik daripada menjadi pemimpin negara ini. Isu yang didedahkan itu memberi gambaran kerajaan tidak bermoral.
Oleh: Putera Nusantara

Tiada ulasan: