31 Mac : Sampai kiamat pun UMNO dan BARISAN NASIONAL akan menafikan terbabit dalam siri video sex yang hangat diperkatakan. Si DAJJAL ini perangai dan pemikirannya dah kotor!!! Mereka hanya ingat nak merosakkan minda orang ramai dan kononnya rakyat boleh bertukar fikiran menyokong mereka!!!
Rakyat Malaysia sekarang bukan bodoh. Ramai yang cerdik dan berfikir secara rasional, "Mana yang intan, mana yang kaca".
Pemimpin-pemimpin utama UMNO dan BN sebenarnya ramai yang terlibat dengan penerbit/blogger video lucah (porno) yang glamour iaitu PAPAGOMO a.k.a Wan Muhamad Azri bin Wan Azri. Namanya nampak orang alim, rupa-rupanya dialah syaitan yang dikenali (Kata Mahathir). Lihat dibawah, bagaimana ramai pemimpin kita terlibat atau terbabit dengan video sex lucah yang diilhamkan blogger porno ini untuk membunuh karier musuh politiknya. Antaranya (Anda Kenal Siapa dibawah?) :
Blogger Umno yang bernama Wan Mohd Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo. Bayangkan sejak 3-4 tahun fitnah yang berterusan dilemparkan tetapi tiada yang ambil tindakan secara serius. Dia anggap seolah-olah dirinya kebal dari undang-undang. Kadang-kadang akhbar arus perdana, Utusan Malaysia memetik sumber dari blognya. Semua orang tahu Papagomo ini mendapat sumber dari pihak atasan Umno. Nama yang paling dekat dan disebut-sebut adalah Datuk Zahid Hamidi. Rasa-rasanya dialah satu-satunya blogger yang berpeluang menaiki kapal selam Scorpene semasa isu kapal selam ini ditimbulkan oleh media sosial.
Masih ingatkah kisah gereja di Kelana Jaya dan percubaan mengaitkan dengan YB Nik Nazmi. Atau kisah Nurul Izzah yang berucap di Petaling Jaya dan bercakap isu murtad tahun lepas yang telah disensasikan oleh Papgomo. Atau isu video seks yang dikeluarkan oleh trio Datuk T. Atau kisah “Azmin dihisap aiskrim’ di tandas. Banyak lagi fitnah yang datang dari blognya ini. Penulis sendiri pun tak pasti sama ada Wan Azri ini beragama Islam atau tidak. Tidak kah dia tahu memfitnah orang tanpa bukti sahih boleh mengakibatkan dia menduduki neraka paling bawah sekali. Penulis hormat beberapa blogger Umno lain yang berhujah menggunakan bahasa yang enak tetapi jangan lah kita terbabit dengan fitnah keterlaluan.
N. Surendran peguam Datuk Seri Anwar telah berikrar supaya Papagomo disaman sehingga jatuh bangkrap. Buat permulaan harga yang perlu dibayar ialah RM100 juta. Kita tunggu dan lihat berapa lama dia boleh bertahan. Ditakdirkan Pakatan menang, penulis berharap supaya kes ini diteruskan supaya beliau insaf. Ini bukan soal kebebasan bersuara tetapi kebebasan bersuara tidak membenarkan fitnah berleluasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan