SPECIAL ADS

26 Mac 2013

Orang Johor Sudah Celik



JOHOR BAHRU – Johor suatu ketika dahulu negeri yang terkenal dengan pantai Lidonya menjadi tumpuan penganalisis politik sama ada kalangan profesional mahupun amatur mengandaikan satu caturan politik yang serba unik.

Disamping ia terkenal dengan jolokan kubu kuat UMNO dalam dunia, perkembangan politik negeri ini riuh sedikit dan tidak menampakkan mahu reda apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat PKR mengumumkan kepulangan YB Lim Kit Siang ke Johor.

Saban hari banyak kejutan berlaku memungkinkan perkembangan politik ini mendapat tempat dan barang kemungkinan rakyat Johor sudah mula celik dengan apa yang dialami selama ini.

“Hari ini rakyat Johor sudah mula buka mata. Sudah mula protes. Protes bukan
bermaksud menderhaka. Tapi beri makna yang kita anak2 jati Johor ada maruah dan harga diri. Rakyat sudah muak disuap dan digula2. Rakyat Melayu Johor mahukan perubahan!,” kata pemilik akauan Facebook Firdauz Noh.

Mengambil contoh katanya, rakyat Melayu Johor terutamanya di Johor Bahru masih ramai menetap di kawasan setinggan. Perjuangan penduduk setinggan menuntut pemilikan tanah bukan isu baru di Johor. Perjuangan yang sudah belasan tahun lamanya. Rakyat Johor selama ini setia menanti janji-janji yang ditabur pemimpin negeri dikotakan. Hari berganti hari tahun berganti tahun, PRU berganti PRU. Hakikatnya janji telah dicapati. Rakyat Johor tertipu.

“Sedarlah bahawa Rakyat Melayu Johor adalah antara rakyat PALING MISKIN di Malaysia. Yang jadi tokey2 besar di Johor, beli tanah, beli banglo mewah,
kondominium mewah, projek juta2 majoritinya orang2 cina dan singapore. Melayu masih merempat, perjuangkan setinggan yang entah bila boleh dapat, kerja makan gaji, ambil upah jadi kuli, buat part-time, kerja banting tulang siang malam, semata-mata nak cari duit bayar hutang rumah, hutang kereta, hutang PTPTN, bayar sekolah anak-anak dan mahu tampung kos sara hidup di Johor yang semakin meningkat.

“Tidak perlu jauh2, perhatikan sahaja orang2 disekeliling kita. Kalau orang-orang Johor perasan sebenarnya tiada satu pun dari kalangan pemimpin negeri yang menafikan kenyataan Datuk Syed Ali Alattas, Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu paling miskin di Malaysia dan 80 % tanah di Iskandar Malaysia (221,634 hektar) adalah milik orang asing. Sebabnya, orang2 Johor sendiri tahu akan hakikat sebenar yang mesti ditelan biarpun rasanya pahit,” katanya lagi.

Blog Ibn75.wordpress.com

Tiada ulasan: