SPECIAL ADS

26 Mac 2013

Saifuddin : Video Sex Palsu Nurul Izzah


PETALING JAYA 27 Mac - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan pihaknya beberapa hari lalu telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen Umno dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden parti itu.

"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.

"...Umno hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Lebih dua minggu lalu seorang pemblog yang dikaitkan dengan Umno menyebarkan siri gambar seakan-akan menunjukkan Anwar mengadakan hubungan intim dengan seorang lelaki.

Ekoran tindakan itu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah mengemukakan saman ke atas pemblog berkenaan.

Katanya, sebelum beliau diajak menonton video terbabit, pihaknya telah dihubungi ejen terbabit yang mendakwa akan mendedahkan banyak lagi video membabitkan pemimpin PKR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun katanya, video dan gambar yang didedahkan ejen Umno-BN kepadanya tiga hari lalu itu dipercayai dihasilkan menggunakan teknik digital yang canggih sehingga menampakkan seakan-akan watak sebenar.

Selain itu, Saifuddin juga menerima kata-kata ugutan yang berbaur politik, yang dipercayai didalangi pemimpin tertinggi Umno-BN.

"Mereka juga (ejen Umno-BN) juga sampaikan ugutan terhadap pimpinan PKR.

"... ugutan itu bersifat politik untuk rosakkan imej politik kami," kata beliau.

Malah katanya, ejen terbabit tidak menyatakan untuk menyebarkan video dan gambar terbabit dalam masa terdekat kepada umum.

Ditanya sama ada hanya dua pemimpin itu sahaja yang menjadi mangsa spekulasi seks itu, beliau berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini, yang akan menerima nasib yang sama.

"Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya sambil menyatakan imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.

Tiada ulasan: