SPECIAL ADS

30 Mac 2013

Zulkifli Nordin : Hina Agama Hindu


KUALA LUMPUR, 30 Mac - MIC dan PPP wajar meninggalkan Barisan Nasional (BN) ekoran kenyataan menghina terhadap tuhan orang-orang Hindu oleh Naib Presiden Perkasa, Zulkifli Nordin(foto) kerana Perkasa adalah UMNO. "Perkasa adalah Umno. MIC, PPP mesti keluar dari BN ekoran kenyataan menghasut yang dibuat oleh YB Zulkifli Nordin terhadap tuhan orang-orang Hindu," kata Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, anggota Parlimen Bukit Gantang. Nizar berkata demikian melalui twitternya hari ini. Sebelum ini, pelbagai badan bukan kerajaan mengecam kenyataan Zulkifli Nordin yang disifatkan menghina agama Hindu. Zulkifli berkata, kenapa orang Hindu tidak meletakkan patung tuhan-tuhan mereka di depan rumah mereka supaya banjir tidak melanda rumah mereka. Zulkifli sebelum ini dipecat oleh PKR dikatakan akan bertanding atas tiket UMNO di Kulim Bandar Baru dalam pilihan raya kali ini sebagaimana Datuk Ibrahim Ali yang akan bertanding di Pasir Mas atas tiket BN. Pelbagai pihak meminta tindakan diambil oleh pplis terhadap Zulkifli kerana ia satu kenyataan yang menghasut. Persatuan Presiden Hindu Sangam, RS Mohan Shah yakin tidak akan ada tindakan seumpama itu akan diambil kerana sebelum ini Zulkifli telah membuat kenyataan yang hampir sama. Namun, selepas laporan polis dibuat olehnya pada tahun 2011, tidak ada apa-apa tindakan dikenakan ke atas beliau.Menurutnya, Hindu Sangam telah membuat laporan pada tahun 2011 ekoran satu video yang menunjukkan kenyataan Zulkifli yang menghasut,namun tidak ada sebarang tindakan. "Semua ini kerana Zulkifli adalah Naib Presiden Perkasa dan seorang anggota Parlimen," kata Mohan. Kenyataan Zulkifli juga dibantah oleh Pengerusi National Indian Rights Action Team (Niat) Thasleem Mohd Ibrahim yang turut membuat laporan polis diBalai Polis Dang Wangi"Sebagai Muslim saya malu dengan kenyataan Zulkifli kerana Islam mengajar kita agar jangan menghina agama atau tuhan agama lain," kata Thasleem.


[Dalam sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia ini dan dikala Perdana Menteri memperkenalkan konsep 1Malaysia makanya tindakan Zulkifli Nordin ini dilihat sesuatu yang tidak masuk dek akal. Tambahan pula beliau adalah seorang peguam terkenal dan pernah menjadi pemimpin politik di negara ini. Soalnya kenapa pemimpin Perkasa ini begitu berani menghina agama Hindu secara terbuka seperti ini?. Nampak benar beliau sengaja mahu membakar api perkauman dengan kenyataan panas seperti ini sebenarnya. Sewajarnya pihak polis melakukan siasatan dibawah akta hasutan terhadap kes ini, kerana ia jelas menyinggung perasaan penganut agama Hindu itu sendiri. Tindakan menghina agama lain boleh dianggap menghasut dan apakah kerajaan berani mendakwa pemimpin terbabit tatkala menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Mungkin juga Zulkifli Nordin akan dirahatkan pada PRU ini gara-gara kenyataan celuparnya yang dilihat boleh menyebabkan berlakunya undi protes kepada masyarakat kaum India terhadap BN pada PRU-13 ini. Pasti beliau akan dipersalahkan gara-gara keghairahannya membuat kenyataan tersebut jika BN tewas di kawasan tradisi majoriti kaum India. Kesilapannya pasti akan memberi impak besar terhadap BN pada PRU ini !].

Oleh:  Pahang Daily

Tiada ulasan: