Merujuk gambar diatas, ternyata fitnah-fitnah SEX yang digembar-gemborkan di media arus perdana dan media alternatif rupa-rupanya direstui oleh pemimpin-pemimpin Umno. Inikah yang dikatakan pemimpin Umno kononnya menegakkan Islam dan menegakkan perjuangan Melayu amnya.
Gambar diatas terserlah Najib, Rais Yatim dan Hishamudin bersekongkol dengan blogger PAPAGOMO ataupun nama sebenarnya Wan Muhamad Azri bin Wan Deris yang amat popular dan glamour dengan fitnah-fitnah SEXnya yang melibatkan para pemimpin pembangkang.
PAPAGOMO telah melakukan agenda-agenda fitnah SEXnya melibatkan:
- Kes Anwar Ibrahim : Susulan penyebaran gambar seorang lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang lagi lelaki lain dalam aksi “mesra” dengan itu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu memulakan prosiding undang-undang terhadap blogger pro-Umno dengan menyaman Blogger Papagomo RM 100 Juta Kerana Sebar Gambar Seks Dengan Gay!
- Kes Husam Musa :Dia memfitnah saya sebagai seorang pemimpin politik sebuah parti Islam dengan menyiarkan gambar kononnya saya berpegangan tangan dengan seorang wanita Cina. Dengan penyiaran gambar itu dalam blognya, dan kemudian ada yang dicetak dengan kertas bermutu tinggi diedar ke merata tempat, menyebabkan reputasi saya jatuh. Saya tidak berupaya untuk menyekat penyebaran itu melainkan hanya melalui perintah mahkamah sahaja,” katanya.
- Khalid Ibrahim : Menteri Besar Selangor dan Yb Batu Tiga Selangor bakal menyaman papagomo a.k.a wan azri sebanyak RM 20 juta seorang kerana terdapat bukti yang kukuh, dan telah di buktikan bahawa Wan Azri Wan Deris 99% adalah papagomo.com.
- Lim Guan Eng : bakal menyaman papagomo a.k.a wan azri wan deris sebanyak RM 50 juta kerana menfitnah dirinya dan juga anak lelakinya,
Dan berbagai-bagai lagi kes-kes PAPAGOMO yang akan diketengahkan nanti yangmana niatnya hanya hendak memalukan individu-individu politik atas arahan pihak-pihak tertentu dalam mengadudombakan fitnah-fitnah dasyatnya setanding dengan fitnah dajjal di akhir zaman.
Oleh: Putera Nusantara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan