SPECIAL ADS

24 Mac 2013

Kezaliman Mahathir : Anwar Sedia Maafkan


JOHOR BHARU 25 MAC: Kezaliman Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dilupa dan dimaafkan rakyat.
Buktinya, ketika Ketua Umum KEADILAN menyatakan tiada dendam dan sedia memaafkan ‘dosa’ bekas Perdana Menteri itu, ribuan rakyat di Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Majidee, malam kelmarin lantang bersorak ‘tidak mahu memaafkan kesalahan Mahathir’ kepada Anwar.
“Saya maafkan Mahathir. Ada orang marah saya kenapa nak maafkan Mahathir.  Kita kena sabar, jangan ada niat dendam dan dera orang. Sebab itulah saya maafkan dia,” kata Anwar.
Johor 1Kehadiran hampir 10,000 rakyat Johor menjadi saksi perjuangan rakyat tidak boleh disekat dan bukan lagi di bawah kuasa Umno BN.
Slogan reformasi terus bergema dilaungkan generasi muda yang membesar semasa tokoh reformasi itu di’kurung’ tirai besi, persis pertama kali kalimah keramat itu dilaungkannya pada 1998.
“Jangan minta saya buat lebih dari ini, kesianlah pada saya, (isteri) Wan Azizah (Wan Ismail) dan anak-anak. Tuan-tuan (rakyat) yang perlu teruskan, ini perjuangan tuan-tuan,” kata Anwar.
Walaupun ‘disambut dingin’ sekumpulan samseng Umno di stesen minyak Daerah Simpang Renggam, namun ceramah berjaya diteruskan dengan bantuan petugas KEADILAN Johor yang berjaya menyelinap masuk Anwar ke pentas ceramah.
Umno sekali lagi cuba mengganggu kelancaran program dengan kumpulan penyanyi upahan di hadapan Bilik Gerakan Umno kira-kira 100 meter dari lokasi ceramah.
Ironisnya, kumpulan yang ‘cintakan negara’ itu beberapa kali terlupa lirik ketika menyanyikan lagu ‘Inilah barisan kita’.
Gangguan itu sama sekali tidak melunturkan semangat penyokong Pakatan, malah mereka terus fokus dan merespon setiap bait kata-kata Anwar.
Semasa pemimpin rakyat itu menyanyikan lagu ‘Apa Kata Najib’, penyokong turut sama mengikuti dengan lirik yang betul.
Anggota keselamatan yang lazimnya bertindak sebagai ‘pemerhati’ pada siri serangan samseng Umno ke atas rombongan jelajah Merdeka Rakyat, juga dilihat mendengar ceramah dan berbual mesra dengan kumpulan penyokong Pakatan.
Ini menunjukkan tahap kesedaran rakyat yang semakin memahami kuasa dan peranan merekadaripada menjadi mangsa Umno BN. 

Tiada ulasan: