PETALING JAYA 31 Mac : Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan Rakyat (MPKR) bagi memantau isu yang melibatkan pertahanan dan keselamatan negara.
Pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menyaksikan bekas Panglima Tenter Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein dilantik sebagai Pengerusi MPKR.
Menurut Hashim, selain berfungsi sebagai penasihat kepada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berkaitan aspek pertahanan dan keselamatan, majlis tersebut juga berperanan membangkitkan kesedaran awam tentang isu keselamatan negara.
Ahli Jawatankuasa majlis itu juga akan menilai kewajaran pembelian sesuatu aset pertahanan dari segi spefikasi dan samada berpadanan dengan harga yang dibayar kerajaan.
“Majlis ini akan menasihati pemimpin PR berkaitan semua aspek ruang lingkup isu-isu pertahanan dan keselamatan negara termasuk kaedah penilaian ancaman, proses penyediaan dasar, startegi pertahanan dan ‘force capability’ serta ‘capacity building’.
“Penubuhan MPKR ini adalah berasaskan rujukan kepada situasi keselamatan semasa di Malaysia, dasar-dasar serta peraturan kerajaan sedia ada dan pengalaman serta pengetahuan yang luas bekas penjawat awam dan tentera negara ini,” kata Md Hashim.
Menurut Md Hashim, MPKR turut bertindak mengisi peranan yang ditinggalkan Majlis Keselamatan Negara (MPK) yang ada hari ini.
“MKN pada masa ini fokus utamanya menjaga ‘keselamatan’ BN, tidak kepada isu keselamatan yang sepatutnya diutamakan,” kata beliau.
Selain Anwar dan Md Hashim, turut serta dalam sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat PKR itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Tony Pua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan