SPECIAL ADS

27 Mac 2013

Samseng Umno Susul Kecoh Depan Ibu Pejabat Keadilan


PETALING JAYA 27 MAC: Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.
Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.
Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.
demoSambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.
Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.
“Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar).
“Lepas selesai menjerit, terus mereka balik,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Valu, semasa kejadian, lebih kurang 20 polis hanya mengawal dan memerhati tindakan samseng itu sehingga mereka bersurai.
Terdahulu, pada 11 Mac lalu, kumpulan samseng sama membuat kecoh di hadapan pejabat KEADILAN sehingga menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.
Mereka bertindak liar dengan membaling telur dan kayu ke arah pejabat dan kakitangan yang terlibat.
Serangan itu menyebabkan logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail patah.
Bagaimanapun, kejadian itu hanya diperhatikan polis tanpa ada usaha untuk meleraikan kekecohan tersebut.
Lebih teruk lagi, tiada satupun siasatan dan tindakan dikenakan ke atas samseng terlibat. – NS

Oleh Norutul Ilham

Tiada ulasan: