Memang Umno BN gila la kalau depa benarkan ROS batalkan pendaftaran DAP sebelum PRU13 ni yang mengakibatkan Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS.
Tiga hari lepas Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 21 Mac - Pendaftar Pertubuhan (ROS) didesak untuk segera membatalkan pendaftaran DAP berikutan kedegilan parti tersebut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).Aku langsung tak percaya ROS akan berani batalkan pendaftaran DAP macam yang bekas Naib Pengerusi DAP tu mau. Tambah-tambah bila Lim Kit Siang bagitau apa plan dia kalau betul DAP dibatalkan pendaftaran dan tak boleh digunakan masa PRU13 nanti.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, adalah mustahil DAP akan bertindak 'telus' dengan mengadakan pemilihan semula tanpa arahan tegas ROS.
"ROS perlu bertindak adil dan cepat, DAP fikir mereka kebal dengan undang-undang dan tidak perlu bertanggungjawab isu salah kira undi pada pemilihan lepas. Mereka memang angkuh. - Utusan.
Semalam Malaysiakini melaporkan:
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, beliau mungkin bertanding menggunakan lambang PAS dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya ekoran kesilapan dalam pemilihan pada tahun lalu.Harakahdaily pulak melaporkan:
"Jika BN salah guna kuasa (batalkan pendaftaran DAP), saya mungkin guna lambang PAS untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat," tulisnya. - Mkini.
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengalu-alukan cadangan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang untuk bertanding di bawah logo PAS sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan partinya menjelang PRU13.Cuba bayangkan kalau ditakdirkan Lim Kit Siang dan Karpal Singh bertanding guna lambang PAS dalam PRU13 nanti.
“Jika berlaku pembatalan, PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Aku yakin, ramai ahli dan penyokong PAS terutama sekali yang dari golongan saluran satu tak berapa nak setuju macam ramai ramai dalam Umno terutama sekali yang dari golongan dari saluran satu yang harap sangat benda macam ni berlaku.
Aku yakin ramai dari kalangan golongan saluran satu yang rasa kalau Lim Kit Siang bertanding guna lambang PAS akan menguntungkan Umno BN dan merugikan PAS. Memang aku pun boleh bayangkan apa bentuk tajuk muka depan Utusan yang akan keluar 'membelasah' PAS yang 'dah ditawan DAP'.
Tapi dalam masa yang sama aku yakin ramai pulak golongan muda yang bermazhabkan politik baru berpendapat sebaliknya. Aku yakin kalau Lim Kit Siang dan lagi cantik kalau Karpal Singh pun sampai bertanding guna lambang PAS, lagi ramai golongan muda akan lebih selesa untuk undi PAS.
Dan realitinya dalam daftar pemilih sekarang ni, golongan muda yang bermazhab politik baru jauh lebih ramai dari golongan saluran satu.
Memang Umno BN gila la kalau depa benarkan ROS batalkan pendaftaran DAP sebelum PRU13 ni yang mengakibatkan Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS.
http://cenangau.blogspot.com/2013/03/lagi-cepat-ros-haramkan-dap-lagi-bagus.html#ixzz2OS3ekfHX
Tiada ulasan:
Catat Ulasan