SPECIAL ADS

27 Mac 2013

MB Selangor Lebih Berani dari PM

27 Mac : Tindakan politik MB Selangor mengumumkan tarikh pembubaran DUN adalah suatu tindakan licik, bijak serta suatu sindiran tajam kepada PM. Jika MB sebuah negeri dalam persekutuan mampu mengumumkan tarikh pembubaran DUN, amat malang sekali seorang PM yang mempunyai kerajaan persekutuan takut dan enggan mengumumkan tarikh pembubaran parlimen. 

"Lebih baik MB Selangor menjadi PM kerana beliau berani berterus terang dan berhadapan dengan rakyat, berbanding PM yang penakut untuk menghadapi kebenaran," katanya.

Semalam Abdul Khalid mengumumkan Dun Selangor akan dibubar pada 22 April ini sekiranya parlimen masih belum dibubarkan sebelum tarikh itu. 

Namun jika parlimen telah dibubarkan sebelum itu, ia akan automatik terbubar dan akan menjalani pilihan raya umum ke 13 mengikut kerajaan persekutuan.

Tarikh tersebut bersamaan dengan tarikh DUN Selangor dibubarkan secara automatik setelah cukup tempohnya 5 tahun.

"Meskipun lewat dari tarikh jangkaan banyak pihak, setidak-tidaknya MB Selangor berani meletakkan tarikh dan mengumumkan kepada media. 

"Beliau tidak merahsiakan tarikh pembubaran Dun supaya setiap rakyat membuat persediaan secukupnya," kata Riduan.

Tiada ulasan: