SPECIAL ADS

22 Mac 2013

Peguam Australia : Saiful Bukhari Adalah Seorang Yang Pelik


Seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa".

Peguam yang menulis sebuah buku bertajuk'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', itu berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .

Maka kerana Saiful amat suka jadi popular maka eloklah dia membeli buku ini, kerana saiful boleh mengabadikan ia sebagai kenang-kenangan untuk tatapan anak dan cucu nanti.

Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Saya difahamkan bahawa seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat."

Kah..kah..kah, Tengok la, Orang bukan islam pun mengkaji, cuma saiful kadang-kadang terlupa dan main sebut saja.

Tambah peguam itu lagi, "Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.

"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.

"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Nak tau lagi banyak perkara pelik yang dilakukan oleh Saiful yang dianggap gila glamer tu? beli la buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.

Dan Saiful pun jangan lupa beli tau, buat tunjuk dekat anak cucu nanti.. kah..kah..kah

Oleh: Tukanglawan

Ehh korang, Jom join Forum AIC kat sini.. ada live chat, games, boleh lihat gambar aktiviti, kenal kawan-kawan baru, wah seronok tau. klik sini ok.... 

Tiada ulasan: