SPECIAL ADS

30 Mac 2013

BN & PR Cadang Bubar Parlimen dan Dun Automatik

SHAH ALAM 31 Mac : Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berpendapat sudah tiba masa untuk meminda peruntukan undang-undang bagi membolehkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) secara automatik dijadikan amalan mandatori selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Perlembagaan Persekutuan wajar dipinda untuk menetapkan lima tahun sebagai tempoh pembubaran Parlimen secara automatik. Sebaik-bainya Parlimen wajar dibubarkan pada tempoh matang iaitu lima tahun. Beliau berkata lagi. "Saya cenderung kepada Parlimen dibubar hanya setelah tempohnya matang iaitu lima tahun. Kalau pun tak sepenuhnya lima tahun, sekurang-kurangnya empat tahun setengah.

Menurutnya, pembubaran secara automatik tidak menjadi kesalahan, tetapi kini menjadi perbualan masyarakat kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini. "Tetapi, kini ia tidak dinyatakan dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlembagaan," katanya lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, pembubaran Parlimen secara automatik memerlukan pindaan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan oleh kuasa dua per tiga majoriti.

Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pembubaran Parlimen secara automatik akan diamalkan oleh PR jika berjaya membentuk kerajaan pusat. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata, PR akan memimpin untuk menetapkan tempoh lima tahun sebagai 'sempadan' pembubaran Parlimen seterusnya.

Tambahnya, walaupun memerlukan banyak perbincangan dan rundingan serta sokongan dua per tiga di Parlimen dan Dun, pembangkang akan terus melakukannya sejajar dengan kehendak rakyat.

"... Pakatan Rakyat akan memimpin ke arah perubahan itu walaupun memerlukan masa dan ada halangan mengenai dua per tiga majoriti, PR akan teruskan perbincangan untuk mencapai ke arah itu," katanya.

Salahuddin juga berkata, kelewatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif daripada rakyat.

"... kelewatan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas Dun Negeri Sembilan itu akan menimbulkan persepsi rakyat bahawa kerajaan tidak yakin dengan tampuk pemerintahannya," katanya lagi.

Tiada ulasan: