SPECIAL ADS

20 Mei 2013

Adakah Adam Adli salah?


Betul macam kata Eric Paulsen, perkataan detrimental  tu terlalu umum. Takdak diulas tara mana yang dikatakan menjejaskan atau memudaratkan tu. Dan kalau pihak polis atau hakim mau memang mudah sangat nak pastikan Adam bersalah

Malaysiakini semalam melaporkan:
Peguam kepada Adam Adli, Eric Paulsen berkata polis menyiasat aktivis siswa tersebut mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Paulsen berkata, polis menyatakan bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan “menjejaskan demokrasi berparlimen”, yang kini merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan, berkuatkuasa akhir tahun lalu. - Mkini.  

Seksyen 124B Kanun Keseksaan menyatakan:
“Activity detrimental to parliamentary democracy
124B. Whoever, by any means, directly or indirectly, commits an activity detrimental to parliamentary democracy shall be punished with imprisonment for a term which may extend
to twenty years. - Pindaan Kanun Kesiksaan
Detrimental dengan maksud menjejaskan atau memudaratkan. Betul macam kata Eric Paulsen, perkataan tu terlalu umum. Takdak diulas tara mana yang dikatakan menjejaskan atau memudaratkan tu.

Dan kalau pihak polis atau hakim nak memang mudah sangat nak pastikan Adam bersalah dan seterusnya disabit bersalah dan dipenjara sehingga 20 tahun.

Seksyen Seksyen 4 Akta hasutan pulak menyatakan:
4. (1) Mana-mana orang yang—

(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atau, jika dilakukan, akan mempunyai kecenderungan
menghasut;

(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;

(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau

(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut,

melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun; dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam perbicaraannya
hendaklah dilucuthakkan dan boleh dimusnahkan atau dilupuskan dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah. - Akta Hasutan
Sama jugak, akta ni jugak cukup terbuka dan sangat luas, sangat-sangat senang untuk Adam Adli disabit bersalah.

Apa pun, itu pendapat aku yang langsung takdak latarbelakang undang-undang.

Kat bawah ni video penerangan dari para peguan Adam Adli.



Bawah ni pulak video yang katanya jadi punca Adam Adli ditahan

Apapun, salute untuk Adam Adli yang berani menghasut untuk memudaratkan demokrasi secara terang-terangan.


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/05/ayat-seksyen-124b-kanun-kesiksaan-seksyen-4-akta-hasutan-adam-adli.html#ixzz2TsmNDpPc

Tiada ulasan: