SPECIAL ADS

19 Mei 2013

Bekalan air bersih tidak cukup


SHAH ALAM 19 Mei : Kerajaan Selangor menyeru Kerajaan Pusat supaya memberi keutamaan kepada menyelesaikan penstrukturan semula industri air bagi membolehkan kerajaan negeri memulihkan keadaan perkhidmatan pembekalan air yang tidak terurus sepanjang di bawah Syabas.

Seruan ini dibuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang mengakui bekalan air bersih tidak mencukupi.

Kenyataan ini mengesahkan kenyataan awal kerajaan Selangor sebelum ini bahawa keutamaan perlu diberikan kepada bekalan air terawat bukan air mentah, kata Khalid dalam kenyataannya.

Bagi beliau, kekurangan bekalan air terawat adalah kerana kelemahan penyelenggaraan loji-loji rawatan air, keadaan paip air yang kurang memuaskan serta kegagalan Syabas mengadakan sistem logistik yang berkesan dalam menyalurkan air kepada pengguna.

Ini ditambah dengan kegagalan Syabas menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 33 peratus kepada 15 peratus pada 2012 seperti yang dipersetujui dalam perjanjian perswastaan, katanya.

"Ia juga merupakan sebab yang sama mengapa Langat 2 bukan penyelesaian kepada masalah air. Penyelesaian yang lebih berkesan adalah dengan memastikan operator air cekap dan berkesan," tegas Khalid dalam kenyataannya.

Tiada ulasan: