SPECIAL ADS

23 Mei 2013

Belum ada keputusan laksana GST? Tapi di Tesco dah ada.

KUALA LUMPUR 23 Mei : Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) menjelaskan bahawa kerajaan masih belum membuat keputusan muktamad berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 
PEMANDU dalam satu kenyataan hari ini turut menjelaskan bahawa kadar cukai tujuh peratus yang disebut ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Idris Jalan dalam satu forum pada minggu lalu hanya merujuk kepada kadar GST yang dilaksanakan di Singapura.

Idris hanya menjawab soalan yang dibangkitkan di dalam forum itu tentang bagaimana kerajaan akan mengimbangkan kira-kira berdasarkan janji yang dibuat oleh kerajaan BN, kata PEMANDU.

Menurut PEMANDU, keputusan muktamad mengenai pelaksanaan itu hanya akan diperolehi daripada Kabinet.

Idris pada Jumaat lalu, berkata, Malaysia akan dapat menambah pendapatan sehingga RM27 bilion jika cadangan cukai GST sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di Singapura.

Mekanisma pencukaian baru itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion, apabila matang kelak, kata Idris dalam    forum 'GE13 - What it means for business?' itu.

Beliau juga berkata GST akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat Malaysia, seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto BN sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia bagi mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam bagawa rakyat Malaysia akan dibebani dengan tambahan RM1,000 setahun jika kerajaan mengenakan tujuh peratus cukai GST.

Menurut Lim, dengan kadar cukai GST tersebut, ia akan memudahkan kerajaan untuk memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200 seperti yang dijanjikan kerana pihak kerajaan sendiri sudah memperolehi tambahan RM5,000 jika melaksanakan cukai GST.

Tiada ulasan: