SPECIAL ADS

4 Mei 2013

BN, PR yakin menang besar

ramalan cuaca
SHAH ALAM 05 Mei :  Walaupun berhadapan dengan pelbagai spekulasi saat akhir kononnya ribuan pengundi luar dibawa masuk ke Kuala Lumpur dan Selangor, Pengarah Pilihan Raya PKR, Azmin Ali yakin Pakatan Rakyat (PR) masih berpeluang meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

"Saya masih yakin kita boleh menjana satu lonjakan yang besar dengan syarat, rakyat Malaysia yang berhak untuk mengundi keluar secara beramai-ramai pada hari esok," katanya kepada Sinar Harian Online. 

Beliau yang juga calon bagi kawasan Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa menyeru orang ramai supaya keluar beramai-ramai bagi menjalankan tanggungjawba mengundi hari ini. 

"... keluar di awal pagi dengan jumlah peratus yang cukup tinggi kerana apabila peratusan itu tinggi, kemungkaran dan penipuan akan tenggelam," ujar beliau. 

Sementara itu bagi calon kerusi Parlimen Parit Buntar, Muammar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaludin dari Barisan Nasional (BN), maklum balas setakat ini memihak kepadanya.
"Kita mendapat reaksi positif terutamanya di kalangan masyarakat Melayu, India dan Cina di kawasan ini yang begitu gembira dengan pelan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Sikap turun padang yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin BN tempatan yang sebenarnya memudahkan kempen BN di kawasan Parit Buntar," katanya. 

Malah menurut B Jayanthi Devi yang merupakan calon kerusi Parlimen Segambut untuk BN, partinya dapat merasakan ‘feel good’ selepas 14 hari turun berkempen. 

"Kali ini lain dari lain apabila pihak-pihak berkenaan yang menganjurkan jamuan dan menjemput saya sebagai tetamu dan memberi peluang kepada saya untuk berucap," ujar beliau. 

Bagi calon Dun Sekinchan yang juga penyandang kerusi itu pada 2008, Ng Suee Lim, PRU13 ini semangatnya begitu luar biasa apabila pengundi di kawasannya yang menetap di luar negara juga turut pulang. 

"Di Sekinchan, ribuan yang kerja di luar seperti Singapura, Australia, Taiwan mereka balik mengundi, keadaan ini luar biasa kerana mereka ambil inisiatif dari dulu lagi," ujar beliau. 

Sementara itu, bagi calon kerusi Parlimen Ipoh Timur yang ditinggalkan veteran DAP, Lim Kit Siang pula yakin BN ada harapan di Perak. 

Menurut Kat Wong Mei Yin, "walaupun maklum balas yang diterima amat menggalakkan tetapi diakui masih ada segelintir yang masih belum berpuas hati terhadap hala tuju negara yang dijadikan sentimen ketika ini."

Bagi calon PKR di kerusi Dun Sg Acheh, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata, sejak awal lagi pengundi di sana sudah menunjukkan pendirian mereka. 

"Suntikan besar daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang datang pagi tadi (semalam) mendapat sambutan di Sg Acheh dan Sg Udang akan melonjakkan jumlah pengundi esok (hari ini)," ujar beliau. 

Walaupun berhadapan dengan siri kempen yang disifatkan sebagai agak "nakal", Chegubard yakin rakyat tahu siapa mereka perlu pilih. 

"Pengundi perlu ambil tindakan bijak, bukan kerana habuan jangka pendek tapi untuk masa depan anak cucu kita," ujarnya.

Tiada ulasan: