SPECIAL ADS

4 Mei 2013

Jangan pilih pemimpin rasuah – Zaid Ibrahim


(Zaid Ibrahim memberikan ceramah di atas pentas PAS di Kota Bharu)

KOTA BHARU 04 Mei : Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim memberikan ingatan kepada rakyat agar jangan memilih pemimpin yang amalkan rasuah.

Zaid ketika menyampaikan pesanan kepada rakyat Kelantan berkata, jangan pilih pemimpin yang jahat, rasuah dan kronisme kerana ia akan merosakkan negara.

“Ada pemimpin pada slogan kempennya menulis ‘Tolong Saya Untuk Membolehkan Saya Tolong Najib’. Dia ingat rakyat Kelantan boleh dibeli dengan wang ringgit.

“Perdana Menteri akan terus bercakap hendak bagi itu dan ini. Kita perlu sedar tidak ada negara yang maju kerana amalan rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis ceramah anjuran PAS dekat sini.

Hadir sama pada program itu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Datuk Husam Musa, calon PAS Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Presiden Kekal (K), Zulkapli Yaacob bertindak sebagai pengerusi. Orang ramai memenuhi segenap ruang di Dataran Stadium. Kehadiran cukup luar biasa sekali.

Zaid pernah menjadi anggota parlimen Kota Bharu pada 2004. Beliau juga bekas Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.

Fatmi pada pemilihan Umno 2008 pernah menghalang kemaraan Zaid bagi mengekalkan kedudukan sebagai Ketua Umno Kota Bharu dengan menghalang cawangan-cawangan Umno yang mencalonkan nama Zaid ketika itu.

Namun mengumumkan daripada Umno kerana tidak sanggup lagi berdepan dengan banyak kebejatan yang berlaku dalam parti itu.

Zaid juga berkata, pilihan raya kali ini paling hangat apabila kira-kira 70 peratus rakyat menyatakan mereka inginkan perubahan.

“Melayu, Cina, India dan penduduk peribumi di Sabah serta Sarawak sekarang boleh bersatu, di mana situasi itu sukar dilihat sebelum ini,” ujarnya.

Oleh itu kata beliau bayangan keputusan pengundian esok seperti sudah kelihatan sekarang.

Wan Ismail pula mendakwa berdasar kepada maklumat Umno Kelantan telah mengeluarkan kira-kira RM43 juta sejak beberapa hari lalu bagi membantu kempen calon BN.

Takiyuddin juga mendedahkan semalam terdapat lapan penerbangan tambahan AirAsia ke Pengkalan Chepa, yang dibimbangi kemungkinan membawa pengundi tidak dikenali.

Tiada ulasan: