SPECIAL ADS

1 Mei 2013

Jempol Boleh Di Menangi PAS


(Laporan Harakah tentang Aishah di Parlimen Jempol)

JEMPOL 02 Mei : Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).

Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, dimana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).

Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.

Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.

Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Tiada ulasan: