SPECIAL ADS

20 Mei 2013

Jerangkung dalam PKR: Apa yang ditelah, menyerlah

Azmin Ali dan Mak Lempir, Zuraida Kamaruddin

20 Mei : "Azmin Ali dan Mak Lempir, Zuraida Kamaruddin dua Jerangkung dalam PKRBeberapa hari lalu, dalam satu posting di sini, antara lain ditulis; Zuraida Kamaruddin berkemungkinan besar menghajatkan habuan wang ringgit daripada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk agenda NGO yang juga menjadi sayap kiri PKR mereka.

Melaluisatu wawancara, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim seakan mengakui telahan PKR sebagai benar;

"Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu  menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik."

Seiring dengan apa yang telah Kerajaan Rakyat nyatakan, berdasarkan kepada tindak-tanduk dan kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin, makcik mulut celupar yang menjadi perasit dalam PKR ini bersungguh-sungguh cuba merakus sumber kewangan kerajaan negeri Selangor untuk menggerakkan sayap politik peribadinya seperti Jingga 13 yang dikoordinasikan oleh Saudara Fariz Musa. 

Umum mengetahui, Jingga 13 adalah agenda politik Zuraida Kamaluddin dan Azmi Ali untuk samada bersaing atau mengaburkan pengaruh Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Md Akin. Jingga 13 turut dikesan berperanan untuk samada bersaing atau mengaburkan pengaruh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai CheguBard.

Tan Sri Khalid turut menganggap cadangan menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan politik peribadi seperti apa yang Zuraida Kamaruddin dan Azmin Ali mahukan sebagai satu perkara yang teruk.

Dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata; "Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima,".

Sekali lagi Kerajaan Rakyat ulangi: Baru dapat pertahankan Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Azmin Ali sudah berebut kuasa dan ingin merakus harta, kalau Pakatan Rakyat dapat Putrajaya dan dua mangkok berayun ini masih dalam PKR, entah berapa billion RM mereka nak rembat pulak?


Nota:

- Penyokong; Menyokong tindakan Anwar jika difikirkan ianya baik untuk Anwar dan baik juga untuk rakyat. Penyokong juga akan mengkritik Anwar jika dianalisa ianya bakal mencederakan Anwar.

- Pencacai; Menyokong tindakan Anwar tanpa berfikir samada ianya baik ataupun tidak. Pencacai juga tidak mempunyai kewibawaan menganalisa sesuatu perkara berdasarkan keperluan semasa bersendikan tempat dan masa. Justeru perkembangan minda para pencacai yang terencat, mereka tidak mempunyai keberanian untuk mengkritik.

Kerajaan Rakyat - Kerajaan Rakyat"
 

Tiada ulasan: