SPECIAL ADS

17 Mei 2013

KIMMA pun meroyan pasal HINDRAF!



17 Mei : Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Pulau Pinang telah menyatakan rasa tak puas hati mereka kerana KIMMA tiada dalam kabinet sedangkan HINDRAF yang terang-terang menentang kerajaan sebelum ini diberi tepat dalam kabinet baru Najib.

Pengerusi Badan Perhubungan KIMMA negeri Faruk Raju Mohamed berkata pertimbangan itu perlu sebagai menghargai jasa parti itu yang banyak membantu BN dalam menarik undi India Muslim sepanjang pilihan raya ke-13 yang lepas.

Beliau berkata usul memohon jawatan timbalan menteri dalam kabinet baharu itu telah disuarakan pada Konvensyen KIMMA Kebangsaan ke-36, 13 Okt tahun lepas, dan usul itu telah dihantar kepada perdana menteri.

Pertingkaian penglibatan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam, malah KIMMA menyebut pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, berkata bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf macam mana boleh dilantik mewakili Hindraf.

Adakah Waytha sebagai mandur India terbaru! dan ini adalah "Samy Vellu" baru. Akhirnya KIMMA akan tersisih jika tiada wakili dalam kabinet.

Nampak puak India yang sedikit ini pun sudah mula bercelaru, ada MIC ada HINDRAF dan ada KIMMA! untuk belum masuk PPP dll lagi.


TranungKite Offline

Tiada ulasan: