Mantan Pengarah FELDA Plantation Sdn Bhd (Muhamad Said Jonit)
Aku teringat kata2 Mohd Said Jonit sebelum menyertai PAS. Pada ketika itu, di dewan Perdana diadakan majlis jamuan hari raya.
Aku lihat Mohd Said tak ceria seperti biasa. Sebagai kawan rapat aku menghampirinya dan bertanya mengapa muram. "Aku nak masuk PAS" jawapnya.
Aku bertambah hairan mengapa perkataan itu keluar dari seorang yang menghabiskan sebahagian dari hidupnya berjuang dalam UMNO.
Mengapa ?, aku bertanya. " masalah dalaman felda tidak boleh diselesai secara pengurusan " jawapnya. Aku membalas, "hai tak kan UMNO tak perjuangkan?".
Dengan nada sedih dan tegas beliau menjawap "UNMO dah lupa perjuangan".
Aku kematian idea untuk terus berbicara.
Kini Mohd Said melangkah setapak untuk memperjuangkan nasib peneroka Felda dengan bertanding mewakili PAS. Aku tak terkejut kerana Mohd Said memang berjiwa peneroka.
SELAMAT BERKEMPEN DAN JANGAN PUTUSA ASA KERANA HERO MEMANG KEMUDIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan