SPECIAL ADS

4 Mei 2013

Peta Laluan Pakatan Rakyat


Pakatan_rakyat_logo_dan_bendera
KUALA LUMPUR 5 MEI: Pengerusi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membentangkan jadual pelaksanaan manifesto yang akan dilaksanakan sebaik Pakatan membentuk kerajaan baru.
Menerusi jadual yang dinamakan ‘Peta Laluan Pakatan Rakyat’ itu, Anwar mengumumkan tiga janji akan dilaksana dalam masa 30 hari pertama memerintah, manakala 10 janji lagi pada 100 hari berikutnya.
Ia bermula pada Isnin, 6 Mei yang diisytihar cuti awam kepada seluruh rakyat bagi memudahkan perjalanan pulang dari kampung selepas mengundi.
Pada 30 hari pertama pula, tiga janji utama akan dilaksanakan termasuk pada 7 Mei dengan penurunan harga minyak serta merta, diikuti pembatalan semua pinjaman hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat.
Untuk 100 hari berikutnya, demikian kandungan peta laluan tersebut:
Peta Laluan Pakatan Rakyat: 3 Janji 30 Hari, 10 Tindakan 100 Hari
6 Mei – Cuti Awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.
30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat
1. 7 Mei – Menurunkan harga minyak serta merta
2. Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
3. Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat
100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat
1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi.
2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang.
3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia (world class standard) serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga.
4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan.
5. Membebaskan media dari campurtangan politik.
6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri.
7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum.
8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerakerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang ‘anti-rakyat’:
i. Akta Percetakan dan Penerbitan 1984
ii. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
iii. Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
9. Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara.

Tiada ulasan: