SPECIAL ADS

16 Mei 2013

PR ramal BN bakal berpecah

Ong Kian Ming
KUALA LUMPUR 17 Mei :  Pakatan Rakyat (PR) meramal konflik dalaman Barisan Nasional (BN) akan meningkat dan jadi punca kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pakar strategi DAP, Ong Kian Ming berkata, beliau menjangkakan BN akan hadapi masalah itu di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak dan memudahkan PR menawan Putrajaya.

“Konflik dalaman ini mungkin akan menyebabkan perpecahan Umno di Semenanjung dan Sabah. Manakala, di Sarawak, pengunduran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri atau jika beliau dipaksa bersara akan menyebabkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berpecah.

“Kesimpulannya, BN akan goyah. Perkara ini beri keyakinan penuh kepada PR untuk memenangi PRU14,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam seminar Pasca PRU13: Ke Arah Mana Politik Malaysia anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifudin Abdullah dan Ahli Parlimen Bukit Katil dari PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Tiada ulasan: