SPECIAL ADS

17 Mei 2013

Prof Agus : Demokrasilah Secara Jujur

Zahid antara lain menulis, “Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.”

Menyelar kenyataan angkuh Ahmad Zahid, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, bahawa menteri yang baru dilantik itu gagal memahami dua masalah utama yang membelenggu sistem pilihan raya negara ini.

“Pertama, sistem first-past-the-post yang diamalkan kita sekarang memberi kedudukan yang tidak seimbang berbanding jumlah undi popular malah sempadan pilihan raya negara ini telah lama terjejas, dimanipulasi sejak berdekad-dekad,” katanya.

Tiada ulasan: