KUALA LUMPUR 04 Mei : Menjelang pilihan raya Malaysia esok, media bebas dalam talian berkata mereka menjadi sasaran serangan Internet yang menapis kandungan dan akses kepada lamanweb mereka, dan ini telah menafikan hak pengundi untuk mendapat sumber utama mereka untuk laporan bebas.
Portal berita bebas muncul dalam tahun-tahun kebelakangan ini untuk mencabar dominasi media tradisional yang kebanyakannya berkaitan dengan kerajaan. Kerajaan menafi melakukan sebarang usaha untuk mengganggu akses kepada Internet menjelang pilihan raya umum ke-13.
Ketua Pegawai EksekutifMalaysiakini,Premesh Chandran (kiri) ketika mengimbau pengalaman portal beritanya sewaktu pilihan raya umum 2008, menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan ia akan berulang lagi kali ini.

"Bolehkah kita jalani kehidupan ini tanpa media yang bebas pada malam pilihan raya, memandangkan kedua-dua pihak mungkin tidak menerima keputusannya?"
Malaysiakini telah ditubuhkan pada akhir 1990-an untuk menguji usaha kerajaan untuk menarik syarikat-syarikat teknologi ke negara ini dengan berjanji tiada tapisan Internet.
Lamanweb berita yang lain turut muncul, termasuk The Malaysian Insider, pada tahun 2008.
Lamanweb-lamanweb tersebut telah muncul sebagai sumber penting untuk berdepan dengan laporan media tradisional, kebanyakan yang dimiliki oleh kepentingan yang dikaitkan dengan BN.
Penguasaan BN terhadap media adalah salah satu kelebihan yang penting dalam menangani kebangkitan pembangkang yang semakin kuat seperti dalam pilihan raya 2008.
Pilihan raya umum esok dijangka menjadi yang paling sengit di mana ceramah kempen pemimpin politik pembangkang telah menarik hadirin yang besar di kawasan bandar tetapi agak kurang di kawasan luar bandar, yang kurang akses internet.
Malaysia berada pada kedudukan ke-145 dalam senarai 179
negara dalam laporan World Press Freedom tahun ini yang dikeluarkan oleh Wartawan Tanpa Sempadan. Ia adalah kedudukan terendah bagi Malaysia.
Satu tinjauan yang dikeluarkan semalam oleh Universiti Nottingham kampus Malaysia dam Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mendapati media dalam talian memberikan liputan hampir sama kepada pembangkang dan pihak kerajaan, manakala media tradisional memberi tumpuan kepada gabungan BN dan parti-parti komponennya "dengan margin yang sangat ketara".
Malaysiakini, lamanweb seumpama itu yang paling popular, telah berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk serbuan polis, tidak dibenar menghadiri sidang akhbar, dituduh ada kaitan dengan ejen dan diminta menurunkan kandungannya, kata Chandran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan