04 Mei : Merasai sendiri penderitaan dan kesakitan sehingga terpaksa menjalani pembedahan di kepala sudah cukup menggambarkan betapa peritnya penderitaan dialami adik R Selvam, 3, yang menghidap penyakit berkaitan fungsi otak.
Selaman perasaan itulah yang ingin terus dirasai calon Bebas Parlimen Hulu Selangor, Dato Seri Dr R Santhara Kumar bersama rakyat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) yang ditentukan esok.
Dato Seri Santhara berkata, beliau juga pernah melalui pembedahan di kepala sama seperti adik Selvam yang datang mengunjunginya bersama keluarga di bilik gerakan utama di sini semalam.
Namun, katanya beliau berkemampuan untuk menanggung segala kos berkaitan sehingga tidak menghadapi masalah untuk ‘menempah’ doktor pakar terkemuka dunia bagi menjalankan pembedahan di kepalanya.
“Berbeza dengan adik Selvam dan rakyat di kawasan ini khususnya, adakah mereka mampu atau adakah pemimpin mereka sebelum ini sanggup berkorban dan melakukan semua itu itu rakyat seperti ini.
“Tetapi, mungkin ini antara sebab Tuhan menguji saya dengan kesakitan agar suatu hari nanti saya akan membantu mereka yang dalam kesusahan dengan kemampuan yang juga dianugerahkan Tuhan kepada saya,” katanya.
Dato Seri Santhara berkata, di atas dasar kesedaran itu beliau akan membantu adik Selvam dan seorang lagi pesakit lumpuh yang datang bertemu beliau semalam dengan menanggung kos rawatan pembedahan dan perbelanjaan diperlukan.
Menurutnya, itu adalah janji beliau dan sekiranya tidak dipilih menjadi wakil rakyat sekalipun, beliau tetap akan menunaikan janji tersebut.
Dalam pada itu, Dato Seri Santhara menyatakan kekesalannya terhadap layanan bekas wakil rakyat kawasan Hulu Selangor berikutan aduan disampaikan oleh keluarga pesakit tersebut yang mendakwa bantuan tidak dapat diberikan hanya atas faktor belum disahkan menjadi wakil rakyat.
“Lebih kesal lagi, apabila tidak ada usaha membawa permasalahan ini kepada agensi berkaitan sehinggakan mereka ini terpaksa mengadu kepada saya sendiri.
“Nasib mereka ini perlukan pembelaan sewajarnya kerana salah sebuah keluarga adalah golongan kurang berkemampuan, anak ramai dan berdepan dengan tindakan dihalau dari rumah,” katanya.
Terharu pesan Nik Aziz
Pesanan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika pertemuan beberapa kali dengan Dato Seri Santhara tidak pernah dilupakan.
Malah, beliau terharu dengan nasihat diberikan yang menyentuh berkaitan prinsip hidup, tuntutan Maha Pencipta dan bekalan yang akan dibawa ke akhirat.
“Saya terharu bila bertemu Tuan Guru Nik Aziz, Tuan Guru beritahu kepada saya, manusia ini perlukan teman, bila kita meninggal dunia kita perlukan teman, kalau tidak kita akan keseorangan.
“Segala kebaikan dan pahala yang kita buat itu menjadi teman kepada kita. Darjat dan wang tidak boleh temankan kita di akhirat,” katanya.
Menurutnya, beliau faham kerana perkara itu juga dituntut dalam mana-mana agama di mana sumbangan itu menjadi bekalan di akhirat.
“Tapi mereka yang berkemampuan, yang diberikan tanggungjawab dan diberikan amanah berjanji dan sebagainya. Tapi mungkin kita boleh menipu mereka (rakyat) di dunia ini tetapi di akhirat tidak lagi,” katanya.
Isa gugur, satu ‘bonus’
Dalam pada itu, Dato Seri Santhara mengakui tindakan Barisan Nasional (BN) menggugurkan nama bekas Adun Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kasim memberi peluang untuk beliau memperoleh sokongan lebih tinggi daripada rakyat dalam Dun yang menjadi penyumbang majoriti undi dalam kawasan parlimen ini.
“Yang peliknya kerajaan BN, pemimpin berkebolehan diketepikan dan digugurkan daripada pencalonan pada PRU13 ini. Dalam pentas politik ini, sebagai calon Bebas sudah tentu saya gembira kerana ini peluang kemenangan.
“Maka saya berterima kasih kepada strategi BN meletakkan calon-calon yang lemah seterusnya melumpuhkan harapan mereka. Ini saya kira ‘bonus’ kerana BN meletakkan calon lemah dan tidak diterima rakyat,” katanya.
Menurutnya, sekiranya beliau dipilih dan diberi mandat oleh rakyat menjadi Ahli Parlimen Hulu Selangor, beliau akan mencontohi Mohd Isa kerana rakyat sedar bekas Adun itu banyak berjasa.
Katanya, beliau akan memberi khidmat sebaiknya sekurang-kurangnya menyamai taraf khidmat Mohd Isa, namun beliau pasti akan berusaha lebih gigih untuk berkhidmat lebih baik dari itu.
Malah, beliau berkhidmat bukan saja sebagai Ahli Parlimen tetapi turut bekerjasama dengan wakil rakyat di setiap Dun tanpa mengira landasan parti.
“Bagi saya kita ketepikan haluan politik, tetapi selepas ini berjuang untuk rakyat. Bekerjasama dengan semua demi rakyat dan ‘Demimu Malaysia’,” katanya.
Bantuan pengajian tinggi
Sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Universiti Masterskill, Dato Seri Santhara tidak lupa memberi sumbangan dalam meningkatkan taraf serta mutu pendidikan di daerah ini.
Menurutnya, sejak dulu lagi beliau membantu ramai graduan dari seluruh negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.
“Saya ambil contoh, nenek berusia 63 tahun dan ada tiga cucu, Aminah Hashim yang kini bergelar Doktor. Saya membantu Dr Aminah ketika berusia 60 tahun untuk melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Dr Falsafah Bidang Pendidikan dan kerana mengenang jasa saya, Dr Aminah turun membantu saya berkempen,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan