Laporan itu dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu dengan ditemani peguamnya.
Dalam sidang medianya pagi ini, Mustafa juga membacakan kenyataan media yang dibuat Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang menafikan adanya sebarang keputusan dari Majlis Syura mengenainya.
Kenyataan itu dibaca Mustafa dalam sidang media yang diadakan beliau di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.
Dalam sidang itu Mustafa turut menunjukkan surat yang kononnya beliau tandatangani itu.
"Mereka ingat kita tidak boleh jelaskan tetapi dengan dunia teknologi maklumat ini, ia adalah satu perkara yang mudah dan boleh dijelaskan balik," katanya.
Berikut adalah kenyataan penuh Datuk Dr Haron Din mengenainya.
KENYATAAN MEDIA
Merujuk kepada satu surat yang kononnya diterbitkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bertarikh 2 Mei 2013.
Saya sebagai Timbalan Mursyidul Am dengan ini menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat itu dan menyifatkannya sebagai langkah orang yang terdesak.
Tidak ada dalam agenda kerjanya untuk Majlis Syura mengkaji tahalus siasi yang sudah begitu kemas yang dibuat oleh PAS dengan Pakatan Rakyat.
Saya meminta semua ahli dan rakyat tidak percaya kepada fitnah itu dan marilah kita takut kepada Allah atas azabNya kerana menyebarkan fitnah yang begitu jelas itu.
Saya juga mengajak semua rakyat marilah kita mengundi PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 5 Mei ini.
Dato' Dr Haron Din
Timbalan Mursyidul Am PAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan