SPECIAL ADS

5 Mei 2013

Aishah mampu benam Isa Samad?


05 Mei : KERUSI Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).
Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi pembangkang, dimana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seorang dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).

Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.

Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tibatiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Aishah pernah mencipta nama sebagai artis popular di New Zealand, Australia dan Asia pada tahun 1985 dengan kumpulan The Fan Club. Pada masa yang sama beliau juga melanjutkan pendidikan di University of Auckland dan memiliki Ijazah Sains Politik.

Pada tahun 1990 Aishah menjadi antara artis yang paling popular di tanah air apabila lagu Janji Manismu menjadi hit dan seterusnya merangkul anugerah ‘Juara Lagu’. Setelah memenangi gelaran ‘Juara Lagu,’ Aishah menjadi salah seorang nama besar di dalam industri muzik tempatan dan beliau merakamkan beberapa album lagi dalam berbahasa Melayu.

Kehadiran Aishah bagaikan ‘petir’ kepada Umno yang terpaksa meletakkan orang kuat Najib di Jempol dalam usaha menahan aura Aishah.

Isa Samad sangat dikenali sebagai pemimpin rasuah hingga tidak dicalonkan semula di mana-mana kerusi Dun mahupun parlimen sampailah dilantik mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang. Ramai yang mempertikai kehadiran Isa Samad ketana bagi mereka apakah tiada pemimpin Umno tempatan yang ‘bersih’ dan cukup dihormati pengundi tempatan mewakili Umno menentang Aishah.

Isa pernah menjadi Ahli Parlimen Jempol pada tahun 2004 hingga 2008, namun selepas penyandang (2008-2013), Dato’ Lilah Yassin diturunkan di Dun Palong, ramai warga Jempol mempersoal mengapa Timbalan Ketua Umno Bahagian, Mohd Salim Mohd Shariff tidak diangkat sebagai calon.

Malah turunnya Lilah ke Dun Palong sebenarnya juga memberi kesan kerana berlakunya bantahan khasnya di Felda Palong 8 sejurus selepas penamaan calon.

Bantahan ini bakal menyaksikan sokongan Umno akan merosot, dan dibeberapa kawasan lain (sekitar Dun Palong) bantahan secara kecilkecilan dari mulut ke mulut turut berlaku.

Ada dikalangan jentera kuat Umno-BN sudah mula berdiam diri, bukana hanya kerana ‘wang azimat’ tidak turun, tetapi mereka tidak mahu bukan Peneroka Felda mewakili mereka.  Ia memberi sedikit kelebihan kepada Aishah ditambah pengaruh penyanyi itu kepada golongan wanita yang agak besar khasnya dikalangan ‘kaum ibu’.
Selain itu, kini pengaruh Pakatan Rakyat mula menular ke gugusan Felda khasnya selepas isu Felda berjaya dibangkitkan Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) yang dikepalai Mazlan Aliman.

Beberapa cawangan PAS dan KeADILan semakin aktif dan pertambahan ahli baharu mula berlaku di Felda Palong (Dun Palong) dan Felda Raja Alias (Dun Serting). Pertambahan ini memberi suntikan dan harapan baharu kepada PAS mahupun Pakatan Rakyat untuk menguasai Dun berkenaan setrusnya menguasai Parlimen Jempol dengan lebih mudah.

Lebih membimbangkan BN, di Jempol isu membabitkan masyarakat India khasnya di beberapa ladang masih belum dapat diselesaikan. Ianyanya mampu melakar kejutan dengan sejarah 63 peratus kaum India menolak BN di Dun Jeram Padang pada PRU yang lalu.Hanya undi Melayu Felda sahaja yang menyelamatkan calon MIC, Dato’ V Mohan yang juga bekas guru di sana.

Sementara gerakan anak muda yang dirintis secara senyap-senyap antaranya oleh Revolusi Anak Muda Palong (RAMP) juga dikatakan mula berjaya menukar sedikit demi sedikit minda anak muda yang dahulunya bersarang dengan pemikiran sempit Umno-BN.

Dalam masa yang sama, BN Jempol masih tercari-cari formula untuk menangkis gerakan massa rakyat yang terhasil daripada isu-isu Felda, isu kenaikan harga barang, selain budaya sabotaj dalaman parti yang semakin meruncing yang berlaku dalam Umno.

Kelibat Isa Samad selaku bekas MB tidak kini dibayangi populariti Aishah yang sudah mula mendapat tempat di hati pengundi selain pengundi wanita.

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

Tiada ulasan: