SPECIAL ADS

1 Mei 2013

Bintang bertukar 'underdog' di Lembah Pantai


KUALA LUMPUR 01 Mei : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sedang menghadapi laluan sukar untuk mengekalkan kerusi Parlimen Lembah Pantai yang disandangnya menentang Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan calon Bebas Rusli Baba dalam persaingan tiga penjuru.

NONEMasalah utama bagi Nurul Izzah, 32, ibu kepada dua anak, apabila terdapat 16,500 pengundi baru di kawasannya - yang beliau yakin 5,000 daripadanya pengundi hantu kerana tidak boleh dikesannya.

Kebimbangan itu ekoran kemenangannya terhadap Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini hanya dengan majoriti 2,895 undi. 

Justeru, mengikut perkiraannya, jumlah pertambahan pengundi baru itu dan "pengundi hantu" itu boleh mengubah kemenangan itu - sejumlah 2,000 pengundi pos tidak termasuk.

NONEWalaupun sebagai penyandang, Nurul Izzah kini dilihat sebagai calon underdogatau bukan pilihan menentang jentera besar dan bertenaga Raja Nong Chik, yang juga mempunyai reputasi baik berkhidmat kepada rakyat pada masa mudanya.

Raja Nong Chik, 60, pernah menjadi Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai sekitar tahun 80-an.

Malah, gambar-gambar lamanya yang menunjukkan beliau menolong orang ramai, seperti mangsa banjir dan kebakaran di setinggan masih boleh dilihat sampai hari ini. 

Beliau juga dilihat sebagai pemimpin akar umbi.

Tiada ulasan: