01 Mei : Di mana-mana pun di negara ini, isu paling utama di hati sebahagian besar rakyat ialah kebencian kepada Umno dan BN serta apa yang dilihat 'macai' kepada parti-parti itu seperti Perkasa, Pewaris, Muafakat dan sebagainya.
Memang benar, Manifesto Rakyat yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat sangat menarik perhatian rakyat sehingga Bloomberg melaporkan BN menciplak menifesto itu.
Memang benar rakyat tertarik dengan tekad Pakatan untuk menurunkan harga minyak, caj elektrik, caj air, menghapuskan tol, menurunkan harga kereta dan pelbagai masa hadapan baru yang lain, tetapi pendorong utama yang membakar semangat rakyat untuk melaungkan "Ini kalilah" dan "Ubah" serta menjatuhkan BN dalam pilihan raya ini ialah kebencian terhadap parti yang disebut sebagai "syaitan yang dikenali" oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu.
Selangor, di mana terletaknya Lembah Kelang yang selama ini menjadi dinamo kebangkitan rakyat seluruh negara menolak BN, tentulah yang paling membara kebencian sebahagian besar rakyatnya terhadap BN.
Dalam kebencian yang kian membara terhadap BN itu, tiba-tiba kerajaan Selangor di bawah Pakatan mendapat bonus apabila bekas Menteri Besar Selangor yang baru menyertai PAS, Tan Sri Muhammad Muhd Taib (gambar)dilaporkan berkata "saya mengaku kalah" setelah mengakui "Selangor jauh lebih baik bawah Pakatan".
"Sekarang terbukti mereka (Pakatan) jauh lebih baik dari kerajaan sebelumnya (BN) termasuk semasa saya menjadi Menteri Besar," kata bekas Naib Presiden Umno itu yang kini begitu aktif berkempen untuk Pakatan terutama di Selangor.
Pengiktirafan Muhammad yang menjadi Menteri Besar Selangor dari 1986 hingga 1997 itu dilihat sebagai bonus tambahan selepas laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.
Lebih menjanjikan harapan untuk mengekalkan pentadbiran Pakatan di Selangor ialah laporan yang menyatakan kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dihormati oleh 63 peratus daripada sejumlah responden di seluruh Selangor.
Kajian Universiti Selangor (Unisel) juga mendapati inisiatif air percuma 20 meter padu sebulan pula sangat popular dengan 91 peratus responden menyokongnya.
Ketika bilik gerakan Umno dilaporkan mengubah Putrajaya dari kawasan putih kepada kawasan kelabu, kesemua khabar gembira itu dilihat akan terus meletakkan Selangor di bawah pentadbiran bersih Pakatan.

Analisa Abdul Aziz Mustafa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan