SPECIAL ADS

18 Mei 2013

GST: Rakyat menangkan BN, kesan pada rakyat



BUKIT MERTAJAM 19 Mei : Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet baru Kerajaan Malaysia selepas Pilihan raya Umum Ke-13, BN terpaksa menggunakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai alasan kekurangan dana kerajaan untuk mentadbir negara lima tahun akan datang.

Justeru, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala kononnya, mekanisma pencukaian bahan itu boleh menjamin pendapatan tambahan sebanyak RM20 bilion hingga RM27 bilion apabila matang.

Menurut Anwar, selepas ini rakyat terpaksa menanggung GST yang telah diperkenalkan tetapi tidak 'didendangkan' berikutan musim pilihan raya umum tetapi selepas menikmati kemenangan, BN terus melaksanakanya tanpa mempedulikan penentangan rakyat.
"Tidak sampai seminggu pembentukan kabinet mereka (BN) sudah bercakap mengenai GST. Bagi mereka GST perlu untuk mengimbangkan dana yang sudah kurang ekoran keluar terlalu banyak masa pilihanraya umum lalu.

“Rakyat yang memenangkan mereka akan merasainya sekarang," terangnya ketika bercakap di majlis Jamuan Kemenangan Rakyat di Kubang Semang, Bukit Mertajam tengah hari tadi.

(Gambar: Anwar menyenduk nasi untuk tetamu.)

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat marhaen yang mengundi BN pasti 'berkerut muka' selepas ini kerana tertipu dengan janji manis ketika pilihanraya umum lalu.

Kemungkinan bagi mereka, katanya, kenaikan barangan tidak menjejaskan kehidupan kerana kenaikan itu tidak mahal malahan mampu dibayar jika dikenakan.

Sambungnya, itulah pemikiran orang Melayu, mereka pandang tidak jauh sebaliknya terpedaya dengan dailog pilihanraya walaupun diumpan dengan kain batik, kain pelikat dan wang BR1M.
Media melaporkan, Idris semasa bercakap pada Forum 'GE13' What Is means for business? (PRU 13-Apa Ertinya Bagi Perniagaan) berkata, Malaysia akan dapat menambah pendapatan hingga RM27 billion jika cadangan cukai GST sebanyak tujuh peratus dilaksanakan seperti di Singapura.
Bahkan dapat menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat seperti apa yang dijanjikan dalam manifesto BN sebelum Pilihanraya ke-13 lalu.

Tiada ulasan: