SPECIAL ADS

18 Mei 2013

Isu 13 Mei gagal pengaruhi Melayu



GEORGETOWN 19 Mei : Puluhan ribu rakyat Negeri Pulau Pinang sekali berhimpun sempena Majlis Memperkenalkan Barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Padang Kota Lama sejak pukul 8.00 malam tadi.

Pemuda, pemudi serta golongan veteran Tionghua dan India datang sejak petang lagi. Manakala orang Melayu agak lewat kerana tahu kawasan terbabit tiada surau atau masjid untuk mendirikan solat Maghrib.

Antara penceramah awal ialah Timbalan Ketua Menteri 2,  Prof Dr P Ramasamy.

Beliau mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja memainkan isu perkauman untuk mendapatkan sokongan.

Katanya, mereka  ingin menghidupkan isu 13 Mei kononnya mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu di kampung-kampung namun tidak berjaya.

"Rakyat diajak main politik dengan menengahkan isu seperti 13 Mei sebagai bahan menakutkan masyarakat yang mahu mengubah lanskap politik menjadi lebih baik," terangnya.

Jelasnya, masa depan politik Malaysia terletak di tangan golongan muda yang tahu ke mana yang hendak dibawa berbanding BN.

Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut berucap pada majlis itu berkata, perhimpunan itu tidak memerlukan permit kerana ia adalah majlis negeri.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gelugor, beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menulis surat pada sebelah pagi memaklumkan kepada polis tentang tujuan perhimpunan.

Tiada ulasan: