SPECIAL ADS

3 Mei 2013

Hak Kebebasan Media

Transformasi Najib perlu terima kebebasan media jika kekal mandat
SHAH ALAM 03 Mei : Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu memasukkan hak kebebasan media yang mutlak dalam plan transformasinya jika terus diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Editor Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

Menurutnya, jika kerajaan tidak melaksanakan langkah mentransformasikan kebebasan media, Malaysia akan dianggap sebagai mundur.

Beliau juga berkata, kerajaan wajar beri kebebasan media secara mutlak termasuk penghapusan permit akhbar bagi membolehkan bahan berita dihasilkan tanpa halangan.

"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) perlu menjadikan kebebasan media sebagai plan transformasi.

"Kerajaan dilihat masih menyekat hak kebebasan media, di mana dikatakan media kita telah bebas?

"Ia hanya dari segi penggunaan internet, kita bebas sedikit kalau surat khabar, televisyen dan radio ia dilihat masih tak bebas," katanya pada Forum Hari Kebebasan Media Sedunia, di sini, hari ini.

Forum ini dianjurkan bersama oleh Asian Institute for Development Communication, Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor (Unisel) dan Sinar Harian.

Ia diadakan sempena sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia hari ini.

Forum bertajuk “Safe To Speak: Securing Freedom of Expression In All Media” ini mengetengahkan Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd, Datuk A Kadir Jasin; Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar dan Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman sebagai ahli panel.

Tiada ulasan: